Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Dia Down Selepas Arwah Atuk Meninggal Dunia”- Nenek Jatuh Sakit, Bella Tak Sabar Nak Balik Sabah

Syafiqah Jalal 13/06/2022 | 08:51 MYT

Pelakon Bella Astillah mendedahkan neneknya jatuh sakit kerana bersedih selepas kehilangan datuknya yang meninggal dunia pada tahun lalu.

Bella memberitahu sudah tidak sabar hendak menziarahi neneknya di Sabah selepas selesai komitmen penggambaran di Kuala Lumpur.
“I wish I could bring you here. We love you so much. Lepas habis shooting nanti kami balik Sabah kita jumpa ya.
“Sebenarnya nenek Bella lemah dan down since arwah atuk meninggal dunia last year. Sekarang nenek Bella tengah sakit,” tulisnya.
Isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz itu berkongsi perkara berita duka itu di akaun Instagram (IG)Story miliknya.
Menerusi perkongsian itu dia memuat naik video sedang menangis memeluk dan mengucup pipi neneknya.
Dalam masa yang sama, Bella turut memuat naik paparan skrin perbualan mesejnya bersama seorang doktor yang merawat nenek menerusi aplikasi Whatsapp.
Menerusi perbualan itu, doktor berkenaan turut menjelaskan keadaan kesihatan neneknya.

#Aliff Aziz #Nenek #Bella Astilah #Bella #Atuk #Arwah
;