Laman Utama

“Dia Istimewa Dalam Hidup Saya” – Terharu, Ramai Idam Friendship Goals Macam Amira Othman & Wany Hasrita

Mya Amri
24/12/2020
08:20 MYT
Sponsor Banner
“Dia Istimewa Dalam Hidup Saya” – Terharu, Ramai Idam Friendship Goals Macam Amira Othman & Wany Hasrita
Keakraban hubungan persahabatan antara penyanyi Amira Othman dan Wany Hasrita bukanlah perkara asing buat peminat mereka.
Sebagai seorang sahabat yang baik, Amira juga tidak ketinggalan menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran Wany.
Amira menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya bersyukur kerana mempunyai teman yang sangat baik sepanjang perkenalan mereka.
Happy birthday to my beautiful @wanyhasrita dia ni istimewa sangat dalam hidup saya. Tak boleh ungkap kenapa tapi itulah kedudukan dia dekat hati saya.
Sweet kan aku? @wanyhasrita. Moga Allah luaskan rezeki kau, lindungi dan rahmati kau, pertemukan jodoh yang terbaik buat kau serta terus menjadi anak yang baik dunia akhirat. I love you so much,” coretnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, ikon pengacara tanah air, Puan Sri Normala Samsudin juga turut mengagumi keutuhan tali persahabatan mereka.
“Saya selalu ingat kamu berdua mempunyai hubungan persaudaraan. Macam sepupu… Sama-sama jelita dan manis... Jaga diri @amiraaothman @wanyhasrita," tulisnya. Sekadar info, Amira dan Wany juga pernah menunaikan ibadah haji bersama sekitar Ogos tahun lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar