Laman Utama

“Dia Layan Macam Anak Sendiri Weh” - Kasih Sayang Tak Kira Kaum, Video Ikat Tali Leher Buat Ramai Touching!

Hanafis Haris
12/01/2022
18:00 MYT
Sponsor Banner
“Dia Layan Macam Anak Sendiri Weh” - Kasih Sayang Tak Kira Kaum, Video Ikat Tali Leher Buat Ramai Touching!

Semangat satu Malaysia! Itulah yang dibuktikan apabila tularnya satu video seorang lelaki Melayu yang membantu pemuda kaum Cina.

Video berkenaan tular selepas ia dimuat naik di platform YouTube milik seorang YouTuber, Leeroy Wong.

Difahamkan, momen berkenaan merupakan satu daripada eksperimen sosial di sekitar ibu kota, baru-baru ini.

Menerusi video itu, Leeroy pada awalnya cuba menghampiri seorang lelaki untuk meminta bantuan untuk mengikatkan tali lehernya.

Menurut Leeroy, dia kononya datang ke ibu kota bagi menghadiri sesi temu duga.

Tanpa berfikir panjang, lelaki tersebut terus mengikatkan tali leher dan turut membantu memakaikannya di kolar baju kemeja Leeroy.

Tidak cukup dengan itu, lelaki itu juga menyisir rambut hingga membuatkan Leeroy sebak.

Tindakan jujur itu sekali gus membuatkan ramai tersentuh.

Menurut kebanyakan netizen, lelaki tersebut seolah-oleh melayan Leeroy seperti anaknya sendiri.

“Episod paling touching, Malaysia masih ada harapan, say no to perkauman”.

“Dia layan macam anak sendiri, sedih weh video ni”.

“Macam bapak layan anak, teruskan buat social experiment macam ni,” tulis beberapa netizen.

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah ditonton lebih 20,000 kali.

Anda boleh lihatnya di bawah.

&n
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024