Hiburan

"Dia Lebih Suka Tidur Daripada Melepak" - Eyra Hazali Dedah Perangai Tunang

Zulaikha Yusof
18/12/2018
01:07 MYT
Sponsor Banner
"Dia Lebih Suka Tidur Daripada Melepak" - Eyra Hazali Dedah Perangai Tunang
Pelakon Eyra Hazali mendedahkan tunangnya yang merupakan penjaga gol skuad bola sepak bawah 22 tahun negara, Muhammad Haziq Nadzli menepati kriteria calon suami yang dicarinya.
Menurut Eyra, walaupun tempoh perkenalan mereka hanya setahun namun dia yakin memilih Haziq.
"Sebenarnya kami mula berkenalan di laman sosial Instagram sejak setahun lalu.
"Walaupun tempoh perkenalan kami singkat namun saya yakin memilih Haziq.
"Saya tertarik dengan Haziq sebab dia seorang yang tidak suka melepak selain sangat mementingkan keluarga.
"Lepas balik jalani latihan bola sepak, dia lebih suka tidur daripada melepak di luar," katanya kepada Gempak.
Eyra ditemui pada majlis doa selamat dan pelancaran filem M4M4 yang diadakan di Hotel Summit City Centre, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tambah heroin drama bersiri Mr Grey ini, hubungan jarak jauh dirinya bersama Haziq tidak memberi masalah kepada mereka.
"Sudah setahun kami menempuh hubungan jarak jauh memandangkan Haziq tinggal di Johor Bahru jadi tidak ada timbul masalah.
"Orang cakap dugaan bertunang ini besar tetapi sebenarnya tidak kerana Haziq masih orang yang sama," katanya lagi.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar