Laman Utama

“Dia Macam Next Level” - The Future Of Music, Dayang Nurfaizah Guna Teknologi Spatial Audio?

Hanafis Haris
27/05/2022
10:48 MYT
Sponsor Banner
“Dia Macam Next Level” - The Future Of Music, Dayang Nurfaizah Guna Teknologi Spatial Audio?

Berani mencuba teknologi baru! Itu keyakinan ditonjolkan penyanyi bersuara lunak, Dayang Nurfaizah apabila buat julung kalinya menggunakan teknologi muzik baru dikenali sebagai Spatial Audio.

Mula diperkenalkan oleh Apple Inc, Dayang akui dia terkejut dengan sejauh mana terperincinya muzik yang mampu dihasilkan.

Gempak sempat bertanya beberapa soalan mengenai teknologi berkenaan dan berikut merupakan respon Dayang mengenai ciri khas dan perjalanan muziknya.

Menurut Dayang, secara jujurnya dia agak terkejut apabila pertama kali mendengar hasil Spatial Audio.
"Memang surprise dan Dayang rasa macam fun sebab dia macam the next level of the sounds yang mana bunyi dia sangat details.
"Menariknya spatial audio datang dari semua angle atau arah dan macam ‘hmm Dayang berada di recording studio’ ataupun Dayang di dalam concert hall?
"Dia macam lebih fun and details dia macam best sangat-sangat," katanya.
Tambahnya, proses untuk menghasilkan Spatial Audio lebih kepada 'post recording'."Sebenarnya proses rakaman dia seperti biasa yang mana Dayang akan record vocal Dayang untuk special audio ni dia lebih kepada post recording di mana apa yang kita nak enhance ataupun fill yang macam mana untuk sesebuah lagu tu lah.
"Untuk teknologi ini juga Dayang pertama kali berkolaborasi dengan Zynakal. Untuk proses rakaman sangat mudah dan smooth kerana kita menggunakan teknologi audio yang baru ini dan dari segi enhancement dalam sesebuah lagu tu Dayang harap akan memberi kepuasan kepada listeners.
"Bagi Dayang, Zayn seorang artis muda yang sangat berbakat dan untuk bekerjasama dengan Zayn sangat senang, sangat mudah dan senang untuk bawa berbincang. Dia mempunyai idea dalam berkarya so senang Dayang nak bawa berbincang dan boleh share idea Dayang dengan dia dan inshaAllah Dayang rasa Zayn boleh pergi jauh dalam muzik industry," katanya.
Ditanya sama ada Dayang akan menggunakan teknologi ini dalam muzik akan datang, pelantun Seandainya Masih Ada Cinta tidak menafikan perkara tersebut.

"Kalau bagi Dayang, Dayang akan menggunakan teknologi ini new atau different experience kepada peminat-peminat Dayang untuk menikmati dan enjoy lagu-lagu Dayang.

"Malah, Dayang sendiri akan galakkan artis-artis lain untuk mencuba spatial audio, teknologi baru ini untuk memberi kepuasan kepada peminat mereka.

"Untuk album Belagu, setakat ini belum ada perancangan lagi tetapi kalau ada peluang dan ada rezeki, Dayang rasa ini salah satu cara yang boleh enhance lagi sound untuk lagu-lagu dalam album Belagu," katanya.

Dalam pada itu, Dayang turut mendedahkan dia kini sedang dalam proses mengumpul lagu untuk next album so insya-Allah mudah-mudahan peminat semua bersabar untuk tunggu studio album Dayang yang seterusnya.

Sekadar info, majoriti pengguna Apple Music telah menggunakan Spatial Audio dan sebilangan pendengar telah meningkat lebih 80 peratus sejak September.

Dalam perkembangan lain Apple One cara paling mudah untuk mendapatkan semua perkhidmatan langganan hiburan Apple dalam satu pelan mudah, termasuk Apple Music, Apple TV+, Apple Arcade, Apple Fitness+ dan iCloud.

Pelanggan Apple One boleh memilih daripada pelbagai rancangan termasuk hiburan, berita, permainan dan pengalaman kecergasan terbaik serta storan untuk menyandarkan foto, fail dan banyak lagi pada peranti mereka.

Apple One Individual termasuk Apple Music, Apple TV+, Apple Arcade dan 50GB iCloud+ pada harga RM19.90 sebulan.

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024