Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Dia Mandikan Kita Dengan Air…” - Hana Ismail Syukur Da’i Syed Uruskan Proses Berpantang

Asyikin Mayudin 01/08/2023 | 23:46 MYT

Seperti yang diketahui umum, isteri kepada pendakwah bebas dan penyanyi Da’i Syed iaitu pengacara Hana Ismail mengalami keguguran anak pertama pada Rabu lalu.

Selepas menjalani rawatan mencuci rahim di sebuah pusat perubatan, Hana kini berpantang di rumah dengan dijaga oleh suaminya sendiri.

Menerusi Instastory, Hana memberitahu suaminya sendiri yang mengambil tanggungjawab mengurus dan menjaganya sepanjang proses berpantang.

“Kita tak ada confinement lady tapi kita ada confinement suami. Dia mandikan kita dengan air herba hari ini,” kata Hana yang turut memuat naik foto Syed sedang menyediakan air mandian.

Dalam pada itu, hantaran terbabit turut dibalas oleh Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful dengan mengatakan tugasan itu mudah dilakukan.

Pada 26 Julai lalu, Syed memaklumkan Hana dimasukkan ke hospital kerana mengalami keguguran ketika usia kandungan memasuki 10 minggu.

Untuk rekod, Syed dan Hana mendirikan rumah tangga pada 3 Disember tahun lalu di Kuala lumpur.

BACA SINI: Kongsi Video Menangis Ketika Di Tahanan, Da’i Syed Akhirnya Syukur Sudah Bebas Dari Pertuduhan - “Setelah 3 Tahun Saya Berjuang…”

#Hana #Dai Syed #Syed #Hana Ismail #Hana keguguran
;