Laman Utama
"Dia Pandai Main Emosi, Dahlah Makin Charming Sekarang Ni" - Muna Shahirah Selesa Kerja Dengan Afieq Syazwan
Penyanyi Muna Shahirah selesa untuk bekerjasama dengan Afieq Syazwan menerusi rakaman lagu baharu berjudul Cinta Hanya Buatan.
Kata Muna, Afieq mudah untuk memberikan komitmen pada masa sama punyai aura serta pengetahuan muzik yang bagus.
"Terus terang Muna katakan, Muna senang dan happy dapat Kerjasama dengan Afieq. Sebab Afieq ni seorang yang easygoing dan dia akan bagi 100% komitmen kalau kerja.
"Dia juga pandai bantu memainakan emosi saya, dahlah dia makin charming sekarang ni.
"Dan untuk pengetahuan semua ini adalah lagu pertama paling lama untuk kami siapkan. Dari muzik, vokal dan muzik video semuanya mengambil masa 6 bulan untuk disiapkan," jelas Muna.
Sebelum ini, Muna pernah merakamkan single bersama Zack Zakwan berjudul Bagaimana yang turut mendapat perhatian ramai.
Lagu Cinta Hanya Buatan merupakan percaturan kedua Muna merakamkan single bersama penyanyi lelaki.
Bagi Afieq, lagu 'jiwang' semakin mendapat perhatian generasi muda ketika ini dan konsep Cinta Hanya Buatan diharapkan mampu memberi impak luar biasa.
"Sekarang ramai pendengar muda dan remaja sukakan lagu lagu jiwang dan mudah untuk dinyanyikan semula terutama di karaoke.
"Dan saya lihat sendiri perubahannya apabila kami mula melancarkan semula Malam Semakin Dingin sambutannya sangat luar biasa.
"Lagu ini paling lama untuk disiapkan tetapi saya puas hati. Bagi saya ia satu penantian yang berbaloi.
"Saya juga nak mohon maaf pada Muna kerana terpaksa bersabar untuk menyiapkan lagu ini disebabkan kekangan jadual kerja saya yang agak padat," katanya.
Cinta Hanya Buatan ciptaan sepenuhnya oleh Gouffran telah dilancarkan pada 9 Septemberlalu di semua saluran digital dan YouTube FMC Music.