"Dia Seorang Lelaki Baik" - Siti Saleha Dalam Fasa 'Berkenalan', Akan Dedah Identiti Jejaka Bertuah
Pelakon Siti Saleha, 33, tidak menolak dakwaan mengenai dirinya yang ketika ini dikatakan sedang berkenalan dengan seorang lelaki.
Enggan lagi menghebohkan hal berkenaan, pemilik nama lengkap Siti Saleha Baharum berkata, dia akan mendedahkan mengenai perkara tersebut kepada umum seandainya sudah bersedia.
“Kalau saya sudah bersedia saya akan kongsikan kepada semua di Instagram saya. Anytime from now je saya boleh tunjuk.
“Tapi buat masa sekarang, mereka yang terdekat dengan saya je yang tahu lah, walaupun saya tak pernah kongsi gambar.
“Saya bersedia kawan dengannya dan dia adalah seorang lelaki yang baik,” ujarnya ringkas kepada Gempak.
Saleha berkata demikian ketika ditemui pada sesi tayangan perdana drama original bersiri Viu lakonan terbaharunya berjudul Hilang, di Dadi Cinema Pavillon Kuala Lumpur, pada Rabu.
Sementara itu, diminta untuk mengulas mengenai penampilannya yang dikatakan semakin seksi lepas berpisah dengan bekas suami, Saleha berkata dirinya masih tahu menjaga batas sebagai seorang wanita.
“Woman are always sexy, tapi batasan itu saya tahu macam mana nak jaga.
“Saya gembira dengan kulit saya, saya tak suka orang bercakap pasal saya, saya tahu jaga diri.
“Mak ayah saya pun tiada cakap apa-apa, saya dah 33, inilah saya, tak suka tidak apa lah,” tambahnya.
Untuk info, Siti Saleha sah bercerai dengan bekas suami, Ahmad Lutfi Azhar pada Junuari lalu selepas hampir empat tahun mendirikan rumah tangga.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini