Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Dia Suka Lelaki Berjanggut" - Nabila Dedah Neelofa Idamkan Lelaki Boleh Beri Tazkirah Malam Jumaat

Amri Hassan 04/11/2020 | 08:45 MYT
Kakak kepada pengacara dan pelakon Neelofa, Noor Nabila mendedahkan kriteria lelaki yang menjadi idaman adiknya itu.
Kata Nabila, Neelofa seorang individu yang tegas dalam bercinta dan mahukan lelaki yang boleh memberikan tazkirah setiap malam Jumaat selain memiliki fizikal berjanggut.
"Lofa seorang yang sangat komited, bekerja keras dan tegas.
"Dia tak tahu masak, tapi sekarang dah pandai. Dia pernah tidur dengan make-up.
"Dalam keluarga dia bukan seorang paling bersih. Dia sangat menyayangi anak saudara dia. Kalau bercinta dia sangat tegas dan berpendirian.
"Lelaki idamannya yang boleh membawa ke syurga, boleh beri tazkirah pada malam Jumaat dan berjanggut. Janggut kena simpan, sunnah," kata Nabila.
Perkara itu didedahkan Nabila dalam sesi Q and A time with Rosix, Bella & Lofa di saluran YouTube Rosix & Bella pada Selasa.
Tambah Rosix pula, Neelofa seorang individu yang sentiasa menepati waktu dan rajin bekerja.
"Dia sangat bekerja keras. Mana dia dapat tenaga itu pun tak tahu.
"Dia bangun awal, tepati masa dan berpegang pada kata-kata. Kalau dia kata itu, itu lah. Pendek kata 'strict'.
"Dia boleh nampak apa nak buat pada masa depan. Dia tak kelakar, tapi dia memberi dan sangat memberi sokongan," ujarnya.
Neelofa mencuri tumpuan ramai apabila difahamkan sudah dirisik oleh pendakwah bebas, PU Riz pada Ahad lalu.
#Neelofa #Noor Nabila #PU Riz
;