Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Dia Suruh Siap Sebab Nak Rekod Video Untuk Review…” Saharul Ridzwan Hadiahkan Kereta, Isteri Menangis Sebab Terkejut

Mya Amri 01/09/2020 | 12:26 MYT
Isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan, Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir terkejut menerima hadiah sebuah kereta daripada suaminya.
Menerusi akaun Instagram, Deena berkongsi momen manis itu bersama pengikutnya.
Menurut Deena, dia tidak menyangka Saharul akan membuat kejutan memandangkan sambutan ulangtahun perkahwinan mereka adalah pada 16 September.
“Kejutan suami! MasyaAllah. Terkejut betul tadi sebab kami punya ulangtahun perkahwinan adalah pada 16 September.
“Tapi dapat hadiah hari ini. Dia suruh siap tadi sebab nak record video untuk review (katanya). Habis lah comot muka Deena, mascara meleleh sebab menangis,” kongsinya.
Deena juga mengucapkan terima kasih kepada suaminya selain menyatakan perasaan syukur kerana menerima hadiah istimewa itu.
“Allahuakbar sayang @saharulridzwan thank you for the love & effort. My prayers are always with you. #Alhamdulillah,” tulisnya

Surprise from the husband! MasyaAllah. Terkejut betul tadi sebab our wedding anniversary is on 16th Sept. Tapi dapat present today. Dia suruh siap tadi sebab nak record video untuk review (katanya). Habis la comot muka Deena, mascara meleleh sebab menangis ?? Allahuakbar sayang @saharulridzwan thank you for the love & effort. ♥️ my prayers are always with you. #Alhamdulillah

A post shared by لا اله الا الله محمد رسول الله (@deenaemir) on

Terdahulu, Saharul dan Deena berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Luth Ali, 2 tahun dan Fateema Azzahra pada 13 Jun 2020.
#Saharul Ridzwan #Deena Emir
;