Berita
"Dia Tersesat Zaman Ke?" - Lelaki Jepun Pakai Kimono Merayau-Rayau di LRT, Undang Tanda Tanya Orang Ramai
Sejak beberapa hari lalu, kecoh di laman Twitter apabila seorang lelaki yang memakai pakaian tradisional Jepun dilihat berlegar-legar di sebuah stesen transit aliran ringan (LRT) di ibu kota.
Perkara itu dikongsikan seorang pengguna akaun bernama Khairul Ridzuan yang memuat naik sekeping foto di laman Twitter memaparkan gelagat lelaki Jepun itu berkeliaran.
Menerusi foto tersebut, lelaki berkenaan dilihat mengenakan kimono berwarna biru dan berselipar yang ketika itu berada di stesen LRT Kelana Jaya.
"Ada sesiapa yang nampak lelaki Jepun berdekatan stesen LRT? Kelihatan seperti dia sedang sesat," tulisnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perkongsian status itu kemudian menerima lebih 1,400 kali ulang kicau dan hampir 4,000 likes daripada pengguna laman Twitter.
Ada netizen yang mendakwa bahawa mereka turut terserempak dengan lelaki yang sama dalam foto tersebut.
"Ya, saya juga ada ternampak dia,"
"Ni diorang jumpa jugak, tengok ni..," tulis sebahagian netizen.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hairan dengan imej pakaian tradisonal Jepun, ramai yang mendakwa lelaki tersebut seolah-olah tersesat muncul dari pintu rentas masa.
"Mungkin masa semua askar Jepun berangkat pulang dulu dia tengah berak dalam jamban.
"Dia tersesat zaman ke? Kesiannya.
"Tersesat dari pintu ke mana saja merentasi masa ke ni?
"Tu ah pinjam pintu merentasi masa tak bagitau dulu," komen sebahagian mereka.
Bagaimanapun, pada masa sama ada juga yang berharap agar ada pihak yang akan membantunya.
"Kesian pula dia, kalau ada dekat area sana dah cuba yang terbaik untuk tolong. Sebab dulu dekat Jepun bangsa dia tolong kita, kenapa tidak kita tolong bangsa dia juga," tulis salah seorang netizen.