Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Diam Diam, Andy Lau Sambut Tahun Baru Cina Di Malaysia, Lawat Tokong Di Kepong

Maliah Surip 30/01/2023 | 15:45 MYT

Sambutan Tahun Baru Cina masih terasa hangat meski sudah hampir seminggu diraikan.

Di Malaysia, kemeriahannya masih bersisa dan rupanya dalam diam diam, salah satu pesohor seni, Andy Lau sempat meraikan sambutan Tahun Baru Cina di sini.
Meski ini bukan pertama kali aktor yang menikah dengan wanita asal Pulau Pinang, Carol, meraikan perayaan tersebut di Malaysia, namun kehadirannya pada tahun ini tetap mencuri tumpuan.
Apatah lagi bintang berusia 61 tahun tersebut dilaporkan pulang tanpa dapat ‘dikesan’.
Kelibat foto dan video Andy berada di Malaysia hanya tersebar selepas dirinya dilihat menziarah sebuah tokong di Kepong, iaitu Tzu-Chi Jing Si.
Lebih mengujakan Andy yang kelihatan sangat ringkas itu berada di kawasan tokong tersebut bersama konglomerat terkenal, Vincent Tan.
Pada 2020, aktor Hong Kong tersebut sempat tinggal di kampung halaman (Malaysia) isterinya selama tiga bulan kerana pandemik COVID 19.
Bintang Infernal Affairs tersebut berkahwin dengan Carol, 56, pada tahun 2008. Mereka dikurniai seorang anak perempuan yang kini berusia 10 tahun, Hanna.

#Viral #Malaysia #Andy Lau #Isteri #Tahun Baru Cina #Kepong
;