Terkini

Diana Danielle Luah Rasa Syukur Urusan Mahkamah Berjalan Lancar -  “Selepas Ini, Proses Perceraian Pula…”

Asyikin Mayudin
20/11/2024
05:36 MYT
Sponsor Banner
Diana Danielle Luah Rasa Syukur Urusan Mahkamah Berjalan Lancar -  “Selepas Ini, Proses Perceraian Pula…”
Pelakon Diana Danielle meluahkan rasa syukur apabila segala urusan prosiding pengesahan rujuk yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Rabu berjalan dengan lancar.
Diana menerusi Instastory turut berharap proses perceraian yang dijangka akan diadakan pada 2 Disember di mahkamah yang sama dapat diselesaikan dengan segera.
“Alhamdulillah, segala urusan berjalan lancar hari ini. Selepas ini, proses perceraian pula akan diteruskan.
“Saya tidak mempunyai banyak perkara untuk dikongsi buat masa ini, tetapi saya mohon doa daripada semua agar proses perceraian dapat diselesaikan dengan segera.
“Itu adalah yang terbaik untuk semua pihak. Saya juga mendoakan segala kebaikan untuk semua yang terlibat. Terima kasih,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Teruja Nak Sambut ‘Birthday’ Aurora, Farid Kamil Bawa Anak Ke Lokasi Romantik - “Dia Nak Hadiah Paling Mahal…”

ARTIKEL BERKAITAN: Status Masih Suami Isteri, Diana Danielle; “Ini Bukan Momen Gembira Untuk Sesiapa Pun…”

ARTIKEL BERKAITAN: Prosiding Cerai Diadakan Secara Tertutup, Farid Kamil Sempat Berselawat Sementara Menunggu

ARTIKEL BERKAITAN: Mohon Doa Yang Terbaik, Diana Danielle & Farid Kamil Hadir Berasingan Ke Mahkamah - “Saya Harap Semua Dapat…”

Pada perkongsian yang sama, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson turut mengucapkan terima kasih dan memahami cara kerja media yang membuat liputan di mahkamah.
“Seperti yang telah saya janjikan kepada rakan media pada majlis pelancaran baru-baru ini, berikut adalah sedikit komen tertulis sebagai tanda kerjasama saya kepada pihak media.
“Saya faham bahawa mereka juga mempunyai tanggungiawab kepada editor dan pihak atasan masing-masing.
“Selain itu, saya sangat menghargai sokongan mereka selama ini dalam membantu perkembangan karier seni saya, termasuk mengimbangi kekurangan yang wujud sepanjang saya bergelar anak seni.
“Sebagai tanda penghargaan, saya percaya apabila mereka menyokong kita, wajarlah kita turut memberi sokongan kepada mereka,” katanya.
Kenyataan itu dikongsikan selepas Diana enggan mengulas lebih lanjut mengenai prosiding rujuk ketika ditanya media.
Pada Rabu, peguam mewakili Diana Danielle iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan mahkamah mengesahkan status aktres itu dan aktor Farid Kamil masih suami isteri setelah kembali rujuk pada 31 Ogos tahun lalu.
Akberdin berkata perakuan rujuk perlu diambil di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan dokumen itu perlu dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan untuk permohonan perceraian yang ditetapkan pada 2 Disember ini.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar