Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Diangkat Menjadi Syaitan Dalam 18 Puasa Di Kampong Pisang, Nam Ron Sering Diberi Watak Mencabar

Azwa Rahman 15/04/2021 | 06:48 MYT
Pelakon hebat Nam Ron mengakui dirinya sering diberi watak yang mencabar walaupun sebagai pelakon tambahan dalam sesebuah karya.
Terbaharu, Nam Ron atau nama sebenarnya Shahili Abdan diberi watak sebagai Syaitan bernama Tyson yang ditugaskan untuk menyesatkan lagi umat manusia.
“Sebagai pelakon tambahan, saya sering diberi watak yang sangat mencabar.
“Contohnya di dalam projek ini, abang @khalidmamat bagi watak ini untuk saya kerana begitulah dia melihat saya.
“Dan sebagai pelakon tambahan saya berusaha untuk memberi yang terbaik dengan sepenuh jiwa,” tulis Nam Ron atau lebih mesra dipanggil Tok Ayah pada sekeping foto watak syaitan yang dimuat naiknya.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya yang mengakui kehandalan Nam Ron dalam melakonkan apa juga watak yang diberikan padanya.
“Best Malaysia actor ever,” tulis seorang wargamaya.
“Tok Ayah is one of the pelakon yang aku respect, hasil karya tak pernah mengecewakan. Salute,” puji seorang wargamaya.
“Udah jadi setan kome! Apa kejadah semua ni,” usik seorang wargamaya.
“Tok Ayah diberi watak tambahan pun nampak superb, apatah lagi kalau watak utama,” komen seorang wargamaya lagi.
Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang masih mengekalkan pelakon Kampong Pisang Bersiri-siri antaranya Barkoba (Bell Ngasri), Pak Din (Kazar Saisi), Pak Karim (Mat London), Pak Jabit (Aziz M Osman), Cik Purnama (Dewa Sapri), Daud M (Joey Daud) Faguha Jabar (Rashid Othman), Ahmad Yasin (Ahmad Yasin) dan Yah Kuchei (Afea Deana).
Selain itu, filem ini turut dimeriahkan dengan penampilan karakter istimewa seperti Tyson 1 (Namron), Tyson 2 (Jaafar Onn), Kiambang (Siti Elizad Mohamad Sharifuddin), Ustaz Kazim (Datuk Ustaz Kazim), Ayahanda Rani Kulop (Rani Kulop), Manap Sengau (Yeop Hitler), Penjaga Neraka (Man Raja Lawak) dan ramai lagi.
Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang mengisahkan sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan.
Ketika Barkoba menikmati makanan di siang hari dalam semak samun, dia telah didatangi si iblis yang membawanya kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap tindak tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya.
Tonton filem komedi sarat mesej ini Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 mulai 15 April 2021.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
#mamat khalid #Nam Ron #18 Puasa Di Kampong Pisang
;