Hiburan
Dibandingkan Dengan Khairul Aming, Chef Wan Tidak Terkesan - “Semua Orang Tahu Penglibatan Saya”
Selebriti Chef, Datuk Redzuawan Ismail mengakui tidak terkesan dengan komen netizen yang cuba membandingkan pencapaian beliau bersama pempengaruh terkenal, Khairul Aming.
Terbuka bagi pandangan
Bagi Redzuawan atau lebih mesra disapa sebagai Chef Wan, orang ramai terbuka untuk memberikan pandangan namun apa yang tidak boleh dinafikan oleh netizen adalah pengalamannya sebagai tukang masak selama 34 tahun.
“Saya tidak terkesan dengan pandangan orang ramai. Saya hanya tergelak bila mereka cakap macam tu.
“Mereka terbuka untuk menyampaikan pandangan mereka mengenai apa pun, namun kalau nak bercakap mengenai pengalaman sudah tentu saya lebih lama.
“Jadi saya tidak berkecil hati dengan apa yang disampaikan oleh netizen,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Skill Dibandingkan, Chef Wan Tak Dengki Dengan Pencapaian Khairul Aming - “Dia Juga Sumber Inspirasi Saya”
ARTIKEL BERKAITAN: Khairul Aming Jumpa PM New Zealand, Peminat Tumpang Bangga! - “Ini Baru Betul-Betul Influencer”
ARTIKEL BERKAITAN: Khairul Aming Pimpin Ikrar Rukun Negara, Hael Husaini, Pinn Yang & Noraniza Idris Meriahkan Keretapi Sarong 2024
Pengalaman lebih lama
Pada masa sama, beliau berasa lucu apabila ada wujud perbandingan tersebut kerana jika mahu dibandingkan perjalanan beliau dalam industri lebih lama daripada Khairul Aming.
“Kita masing-masing ada kita punya keistimewaan, pengalaman, gaya hidup dan imej kita sebagai personaliti.
“You can’t really compare antara apple dan orange, pada saya kita masing-masing punya kerjaya dan kita datang dari berlainan era. Semua orang tahu pengelibatan saya dalam industri sudah banyak.
“Saya adalah seorang selebriti chef, pernah menjadi hos dan penerbit di pelbagai rancangan masakan dalam dan luar negara serta pernah menjadi duta makanan Malaysia selama 25 tahun,” tambahnya.
Ayah kepada selebriti Serina Redzuawan dan Chef, Muhammad Nazri Redzuawan juga menyatakan bahawa dia sangat gembira melihat pencapaian Khairul Aming di dalam industri ini dan sentiasa mendoakan kejayaan pempengaruh yang juga usahawan itu.
Chef Wan ditemui Gempak ketika menghadiri majlis KULinary Awards yang diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis lalu dan menyaksikan Petit Cafe Chef Wan telah memenangi kategori outlet F&B terbaik secara keseluruhan.
Terdahulu, terdapat segelintir pihak yang membandingkan pencapaian serta ‘skill’ masakan Chef Wan dengan Khairul Aming susulan pempengaruh berkenaan menerima kunjungan Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon.