Laman Utama
Didakwa Bakal Kahwin 9 Disember, Katrina Kaif 'Terbangkan' 200 Tetamu Ke Hotel Mewah
Spekulasi mengenai perkahwinan aktres Bollywood, Katrina Kaif dengan Vicky Kaushal semakin tidak dapat dibendung lagi.
Biarpun kedua duanya tidak membuka mulut apa lagi mengesahkan mengenai khabar baik tersebut, namun media tempatan sudah melaporkan pelbagai perkembangan mengenai perkahwinan mereka.
Terkini, portal Pinkvilla mendakwa Katrina dan Vicky akan berkahwin pada 9 Disember depan di Rajashtan.
Aktres berusia 38 tahun itu dikatakan telah memilih Hotel Six Sense Fort Bawara sebagai lokasi perkahwinan yang berlangsung dalam adat Hindu bersama Vicky.
Portal sama melaporkan, mereka hanya menjemput 200 orang tetamu termasuk pesohor Shahrukh Khan, Virat Kohli, Anushka Sharma, Karan Johar, dan Salman Khan.
Malah Katrina juga ‘menerbangkan’ 200 tetamunya ke Rajashtan melalui pesawat khas dan menginap di hotel lokasi perkahwinannya akan berlangsung.
Semua tetamu juga dilarang sama sekali mengambil foto sepanjang majlis perkahwinan berlangsung, lapor portal tersebut lagi.
(Hotel yang didakwa akan menjadi lokasi perkahwinan pasangan Katrina dan Vicky)
Sementara itu, The Hindustan Times melaporkan, bintang filem Uri: The Surgical Strike itu dilihat meninggalkan kediaman Katrina pagi tadi (Isnin) di Mumbai.
Bagaimanapun Vicky tidak memberi sebarang kenyataan mengenai spekulasi perkahwinannya yang sedang menjadi buah mulut. Dia sebaliknya dilihat sibuk menjawab panggilan sewaktu berada dalam kenderaan.
Pada Ogos, Vicky dan Katrina sempat dikatakan sudah bertunang atau digelar Roka dalam sebuah majlis yang dirahsiakan.
Namun pihak aktres tersebut menafikan laporan yang dibuat dengan mengatakan: “Tidak ada majlis Roka (tunang) diadakan. Dia akan memasuki set penggambaran Tiger 3 dalam masa terdekat.”
Pihak keluarga Vicky juga menepis dakwaan aktor itu sudah bertunang dengan mengatakan tidak tahu menahu mengenai majlis roka antara pasangan tersebut seperti yang dilaporkan media.
Kredit Foto: BollywoodLife