Laman Utama

Didakwa Bawa Fahaman Sesat, Guna Lafaz 'iLa Ha iLa Ra iLa Ma' Polis Buka Siasatan Terhadap Ibu Yati!

Hanafis Haris
02/02/2021
13:20 MYT
Sponsor Banner
Didakwa Bawa Fahaman Sesat, Guna Lafaz 'iLa Ha iLa Ra iLa Ma' Polis Buka Siasatan Terhadap Ibu Yati!
Selepas didakwa mengeluarkan beberapa kenyataan mengelirukan terutama berkaitan fahaman Islam, polis akhirnya membuka siasatan terhadap seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Ibu Yati.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam satu sidang media, hari ini.

“Saya sudah pun berbincang dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Huzir Mohamed mengenai isu ini.

“Kita akan buat siasatan lanjut," katanya menerusi Sinar Harian.

Beliau mengulas mengenai tindakan polis terhadap Ibu Yati atau nama sebenarnya Wan Noor Hayati Wan Alias yang dikaitkan dengan isu fahaman Islam Melayu.

Dalam pada itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung ajaran Islam Melayu dibawa oleh individu yang sama.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pihaknya menunggu maklum balas daripada JAIS bagi pertimbangan yang sewajarnya.

Untuk makluman, pengguna Facebook tersebut menjadi perbualan ramai apabila wanita itu dipercayai melafazkan iLa Ha iLa Ra iLa Ma dan aku Melayu sebanyak tujuh kali.

Wanita itu kemudian membuat paluan gong dalam sebuah upacara.

Video tersebut kemudian viral dan didakwa sebagai ajaran sesat terbaharu di negara ini.

Walaubagaimanapun, Ibu Yati menerusi temuramah bersama sebuah portal yang disiarkan secara langsung di Facebook siang tadi, menyifatkan tuduhan terhadapnya bersifat jahat.

Sebelumnya, dia juga telah membuat laporan polis terhadap beberapa pihak yang didakwa memfitnahnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar