Hiburan

Didakwa Bertumbuk di Kelab Malam, Chris Brown Ditahan Lagi

Kamaruddin Razal
10/07/2018
04:09 MYT
Sponsor Banner
Didakwa Bertumbuk di Kelab Malam, Chris Brown Ditahan Lagi
Penyanyi lagu With You, Chris Brown ditahan polis di West Palm Beach, Florida, lewat Khamis setelah satu waran dikeluarkan.
Bagaimanapun Brown, 29 tahun, dibebaskan selepas membayar bon berjumlah AS$2,000 (RM8,000), kata Pejabat Sheriff County Palm Beach.
Laporan media tempatan berkata, Brown telah ditangkap selepas selesai membuat persembahan di sebuah konsert Heartbreak dalam jelajah di West Palm Beach.
Jurucakap polis di Tampa berkata bahawa jabatan itu telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Brown susulan kejadian pada April apabila dia didakwa menumbuk seorang individu di kelab malam.
Peguam penyanyi itu bagaimanapun tidak memberi apa-apa kenyataan setakat ini.
Brown dijadual akan membuat persembahan di Tampa pada Jumaat.
Penangkapan pada Khamis malam adalah kesalahan undang-undang terbaru yang dilakukan penyanyi itu.
Pada 2016, dia ditangkap di Los Angeles selepas didakwa seorang wanita bahawa Brown telah menuding pistol ke arahnya, walaupun peguamnya berkata pada masa itu tiada senjata telah dijumpai.
Brown menafikan sebarang kesalahan.
Brown juga sebelum ini pernah didakwa dan mengaku bersalah kerana menyerang dan memukul penyanyi terkenal Rihanna pada 2009.
Brown dijangka bakal keluar dengan lagu duet terbarunya bersama penyanyi Indonesia Agnez Mo pada 20 Julai ini.
Sumber: Agensi / Astro Awani
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar