Hiburan
Didakwa Buka Aib Bekas Suami, Netizen Nak Cancel Fazura?
Kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon, Fazura mengenai bekas suaminya, Fattah Amin mendatangkan ketidakpuasan hati netizen.
Bagi netizen, kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon yang popular dengan filem Pisau Cukur itu seperti membuka aib Fattah.
Menerusi tinjauan Gempak, rata-rata peminat menyatakan kekecewaaan mereka terhadap tindakan aktres itu.
Terdahulu, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari hari ini.
Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45pagi.
Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.