Berita
Didakwa Curi Nama Karakter, Pengarah Filem Titanic Disaman
Seorang individu bernama Stephen Cummings, telah menfailkan tuntutan sama terhadap pengarah filem Titanic iaitu James Cameron kerana meniru sejarah keluarganya untuk dijadikan inspirasi dalam filem berkenaan.
Menurut laporan Daily Mail, Cummings mengambil tindakan tersebut kerana Cameron didakwa mengambil karakter Rose dan Jack Dawson untuk diadaptasi ke filem tersebut.
"Jack dan Rose merupakan ahli keluarga besar saya pada masa lalu.
"Babak yang ditayangkan ketika berpisah di lautan dan menghembuskan nafas terakhir dengan terapung di lautan juga adalah sejarah silam keluarga saya suatu ketika dulu," katanya.
Namun sehingga kini pihak pengurusan Cameron masih belum memberi sebarang kenyataan mengenai perkara ini.
Terdahulu, Cameron pernah disaman sebanyak tiga kali ganda daripada jumlah keuntungan filem Titanic, selepas seorang wanita mendakwa pengarah berusia 59 tahun itu mencuri ideanya mencipta mesin simulator tiga dimensi bencana Titanic.
Titanic yang ditayangkan pada 1997 itu tersenarai sebagai filem paling menguntungkan.
Ia dibintangi oleh pelakon terkenal Kate Winslet dan Leonardo DiCaprio.
Sumber: Daily Mail
Olahan Oleh: Rozaimi Zubaidi