Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Didakwa Dendeng Nyet Berapi Tak Sedap, Ramai Back Up Khairul Aming - “Benda Ni Ikut Tekak Masing-Masing”

Gempak 16/04/2024 | 04:55 MYT
Walaupun personaliti media sosial dan usahawan popular, Khairul Aming baru sahaja mengeluarkan produk terbaharu iaitu Dendeng Nyet Berapi, ternyata sambutan diberikan pembeli amat menggalakkan.
Malah sehingga kini, masih ramai yang mencuba nasib untuk mendapatkan produk kedua Khairul Aming itu.
Bagi berjaya mendapatkan Dendeng Nyet Berapi dan mencuba makanan itu, rata-rata pembeli menyatakan rasa puas hati dengan kualiti produk tersebut.
Namun, baru-baru ini tular di media sosial mengenai komen seorang pembeli yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap rasa Dendeng Nyet Berapi itu.
“Teruknya rasa,” tulisnya ringkas.

Cita rasa berbeza

Komen tersebut bagaimanapun menerima pelbagai reaksi netizen yang menyatakan setiap manusia mempunyai cita rasa berbeza.
Malah netizen juga menasihatkan agar individu berkenaan menjaga bahasa dan tidak mencemuh makanan ketika memberikan komen.

BERITA TRENDING: Khairul Aming Tutup Kilang, Siap Belanja Staff Barang Dapur & Bagi Duit Raya! Netizen Kagum - “Patutlah Murah Rezeki”

Antara komen yang diterima adalah:

BERITA TRENDING: Khairul Aming Speechless! 80,000 Pek Dendeng Sold Out Dalam 3.39 Minit, Kaut Lebih RM1.2 Juta

Terdahulu, pada 2 Februari lalu, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, 32, mencipta sejarah apabila jualan 80,000 produk keduanya disambar pembeli sekaligus mencatatkan lebih RM1.2 juta dalam tempoh kurang 4 minit.
Untuk info, Khairul Aming melancarkan Dendeng Nyet berapi sebagai produknya yang kedua selepas tiga tahun menjual Sambal Nyet yang juga mendapat sambutan luar biasa.
#Viral #Netizen #Makanan #Tular #Khairul Aming #Sambal Nyet #Khairulaming #Dendeng Nyet Berapi
;