Hiburan
Didakwa Guna Pelaris, Aliff Syukri Mahu Ustaz Bertaubat
Ushawan kosmetik yang kini bergelar penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri dituduh menggunakan pelaris untuk menjual produk keluarannya.
Aliff membuat pendedahan tersebut menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya, @aliffsyukriterlajaklaris.
Aliff memuat naik paparan skrin mesej pertanyaan seorang peminat yang dilarang menggunakan produk keluaran Aliff oleh seorang ustaz.
Lebih buruk, ustaz tersebut mendakwa produk keluaran Aliff memakai 'pelaris'.
Kesal dengan tuduhan tersebut, pelakon drama Tuyul Ke London ini menjawab persoalan peminat itu.
"Bertaubatlah ustaz. Ada beberapa orang WhatsApp benda yang sama. Kenapa sampai macam ni? Ustaz yang bijak, nasihat saya jangan jadi syirik ye. Sumpah dengan nama Allah saya tak pakai pelaris apa-apa..
"Saya berniaga secara betul dan halal samua ada KKM dan kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia," tulis Aliff.
Rata-rata peminat Aliff memohon agar pelakon filem Badang itu menyifatkan dakwaan ustaz itu mengarut dan mahu agar Aliff tidak melayan tuduhan tersebut.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Aliff