Hiburan
Didakwa Hanya Untuk Orang Miskin, Pemandu Gojek Ancam Kepung Kedutaan Malaysia Di Jakarta
Sebahagian pemandu Gojek di Indonesia mengancam untuk mengadakan demonstrasi di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta tidak lama lagi.
Demonstrasi itu sebagai membantah penghinaan terhadap profesion itu oleh pengasas dan penasihat sebuah syarikat teksi Malaysia.
Memetik laporan Bernama, Ketua Nasional Gabungan Aksi Roda Dua (Garda) Indonesia, Igun Wicaksono berkata, mereka akan mengemukakan surat bantahan kepada Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zainal Abidin Bakar.
Jelas Igun, jika pihak terbabit tidak membuat permohonan maaf secara terbuka, mereka merancang untuk mengadakan demonstrasi dan mengepung Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta pada 3 September ini.
Terdahulu, isu bantahan ini tercetus apabila tularnya satu video pengasas dan penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn. Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail yang didakwa menghina pekerjaan Gojek.
“Ini negara miskin, kita negara kaya. Kalau Indonesia anak muda bagus, dia tak keluar, keluar negara untuk cari kerja. Gojek hanya untuk orang miskin seperti di Jakarta,” menurut petikan video itu.
Untuk rekod, Gojek diasaskan oleh Nadiem Makarim, 35, merupakan syarikat rangkaian pengangkutan dan start up yang menjadi kebanggaan Indonesia.
Bagi tiga bulan pertama 2019, aplikasi Gojek dimuat turun lebih daripada 142 juta kali, dengan lebih daripada dua juta rakan kongsi pemandu