Didakwa Kena Rasuk, TikToker Ini Nafi Aksi Menggelupur Atas Lantai Ketika Live Hanya Gimik Content
Pempengaruh dan pencipta kandungan, Tomey mendedahkan yang aksi meraung, menangis, menutup telinga dan menggelupur atas lantai ketika sedang bersiaran langsung di TikTok baru-baru ini adalah ‘gimik content’ untuk platform media sosialnya.
Gimik
"Bukan 'content', memang saya kena rasuk. Sakitnya Allah sahaja yang tahu. Sejak terkena sihir pada Mac lalu, saya sering jatuh sakit secara tiba-tiba. 'Benda' itu akan datang pada bila-bila masa dan tidak kira waktu.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kesian Kami Yang Tak Mampu “ – Individu Ini Dikritik Sebab Tegur TikToker Kongsi Makan Sedap -Sedap Di Media Sosial
ARTIKEL BERKAITAN: Tamatkan Riwayat Sendiri Kerana Siber Buli, Ini Kronologi Kes Influencer Rajeswary Appahu
ARTIKEL BERKAITAN: TikToker Islamik Dari Indonesia Kantoi Bercumbu Dengan Penyanyi Wanita Di Kelab Malam
ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO & FOTO] TikToker Mat Salleh Ini Terpegun Lihat Majlis Perkahwinan Puteri 'Azemah
ARTIKEL BERKAITAN: Patut Lama Menghilang, Tiktoker ‘Mama!’ Ini Didakwa Merogol, Bakal Dibicara 17 Januari Depan!
"Banyak komen (di media sosial) kata saya sengaja buat sebab 'content' dan main-main. Saya kongsi pengalaman itu supaya dapat beri iktibar kepada semua orang," kongsinya.
"Sumpah kuat gila (dirasuk). Allah sahaja yang tahu, sakit tak boleh nak cerita. Tak minta banyak, mohon doa daripada anda semua," tambahnya.
Tomey turut menasihatkan pengguna media sosial supaya lebih berhati-hati dengan kenalan dan keadaan sekeliling.