Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Didakwa Lupa Diri Selepas Menang AJL34? Ini Penjelasan Naim Daniel

Zulaikha Yusof 12/08/2020 | 07:43 MYT
Penyanyi dan pelakon Naim Daniel menidakkan dakwaan dia sudah lupa diri selepas menjadi pemenang Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34).
Jelas Naim, dia sering terlupa untuk membalas mesej yang dihantar dan mengakui kesilapan itu berpunca dari dirinya sendiri.
"Sebenarnya kalau hubungi saya sendiri memang susah. Saya tak sombong.
"Saya baca mesej yang dihantar tapi tak dibalas. Itu kesilapan dari pihak saya.
"Kadang-kadang tu mama hubungi pun saya terlepas pandang.
"Insya-Allah kalau ada permintaan untuk photoshoot saya akan penuhi. Untuk sebarang temu bual saya masih okey.
"Sekarang ini saya fokus dan sibuk dengan muzik video dan sebagainya," katanya kepada Gempak.
Naim ditemui ketika majlis Majlis Pra Tonton Eksklusif dan Sidang Media "Aku, Bunga" yang diadakan di MBO, The Starling, Damansara Utama semalam.
Dalam pada itu, tambah pelantun lagu Sumpah dia percaya setiap kejayaan yang diperolehi bukan hasil usaha dia seorang.
"Saya tak pernah merasakan kejayaan yang dicapai itu akan membutakan saya. Kalau betul saya nak lupakan diri mungkin lepas AJL tu macam-macam jadi.
"Saya percaya apa yang saya buat selama ini untuk keluarga. Tanpa rakan media, saya takkan mampu untuk berdiri di sini.
"Apapun, jangan ingat semua ini dilakukan seorang diri. Saya selalu anggap orang di sekeliling saya adalah malaikat-malaikat kecil yang sentiasa akan menjaga saya," katanya lagi.
Terbaru, Naim bersama Ben Amir dan pendatang baharu dalam industri seni, Bunga tampil dengan buah tangan terbaharu "Aku, Bunga".
BACA: 'Aku, Bunga' Tampilkan Ben Amir, Naim Daniel & Bunga
'Aku, Bunga' bakal ditayangkan pada 13 Ogos ini di Astro First Eksklusif, saluran 480. Untuk pilihan alternatif, filem televisyen (FTV) ini juga boleh didapati di platform On Demand.
#Sombong #Naim Daniel #AJL34 #Menang
;