Hiburan

Didakwa Mati Selepas Diberi Nanas Berisi Bahan Letupan , Tapi Ini Rupanya Kisah Sebenar Kematian Gajah Bunting!

Hanafis Haris
04/06/2020
06:19 MYT
Sponsor Banner
Didakwa Mati Selepas Diberi Nanas Berisi Bahan Letupan , Tapi Ini Rupanya Kisah Sebenar Kematian Gajah Bunting!
Semalam, kecoh di media sosial apabila ramai yang marah dengan tindakan beberapa penduduk di Kerala, India yang telah menyebabkan kematian seekor gajah.
Kisah mengenai gajah berkenaan mula mendapat perhatian apabila ia dikongsi oleh pengguna Facebook dikenali sebagai Mohan Krishnan.
Menurut Krishnan yang bekerja sebagai Pegawai Hutan itu, gajah betina tersebut keluar untuk mencari makanan di kampung berdekatan.
Walaubagaimanapun, gajah berkenaan terpaksa menangung sakit apabila dikatakan telah diberi makan buah nanas yang dipenuhi dengan bahan letupan oleh seorang penduduk.
Akibatnya, ia telah mengakibatkan lidah serta rahang gajah tersebut cedera parah.
Lebih menyayat hati, gajah yang disahkan bunting dan akan melahirkan dalam tempoh 18 hingga 20 bulan lagi itu ditemui mati berdiri di dalam Sungai Velliyar yang terletak daerah Malappuram, utara Kerala.
Kejadian itu sekali gus mencetuskan kemarahan warga maya yang rata-ratanya meluahkan rasa tidak puas hati mereka.
"Kita cuma dibolehkan untuk membunuh haiwan yang mengancam nyawa, bukan bunuh haiwan untuk suka-suka. Kenapa manusia makin kejam," kata seorang pengguna Twitter, Syafiq Danielle.
"Dia pun makhluk tuhan" kata seorang lagi pengguna Twitter.
Pada masa, berdasarkan pemantauan Gempak di Twitter terdapat juga warga maya yang memberi penjelasan sebenarnya buah nanas itu bukanlah diberi oleh penduduk sebaliknya ,ia adalah perangkap untuk babi hutan yang selalu mengancam tanaman penduduk.
Perkara itu turut disahkan menerusi laporan International Business Times.
Menerusi laporan berkenaan, penduduk terpaksa berbuat demikian untuk melindungi tanaman mereka.
Sumber: Twitter, International Business Times.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar