Laman Utama
Didakwa Menunjuk Jalani Kuarantin Di Vila Tepi Pantai, Haflin Nazri Aziz Bidas, “Tanya Arwah Ibu Di Kubur Kenapa Bagi Wasiat Dekat Saya”
Isteri kepada Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Datin Seri Haflin Nazri Aziz turut disahkan positif COVID-19 dan kini menjalani kuarantin di sebuah villa miliknya di Kandis, Bachok, Kelantan.
Namun, dalam menjalani suasana kuarantin di rumah, Haflin dituduh menunjuk-menunjuk oleh segelintir pengikutnya.
Tidak duduk diam, bekas pengacara program TV itu membalas kenyataan dituduh menunjuk-nunjuk.
“Kalau sakit hati jangan tengok. Ini rezeki saya, ini Villa Danialla Beach Resort belongs to my late mother and now its mine. So ya, if you tak puas hati macam orang lain, tanya arwah ibu saya di kubur kenapa dia bagi wasiat dekat saya. Maybe next time you can come and visit ya,” tulis Haflin menerusi ruangan DM yang dikongsi di Instagram (IG) story.
Dia menjelaskan kawasan villa miliknya juga telah ditutup kepada orang ramai sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kakitangan yang negatif turut menjalani kuarantin dalam bilik masing-masing.
Menerusi IG juga, Haflin berkongsi beberapa keping foto dan video sedang menjalani aktiviti seperti bermain di pantai, berkuda dan berbasikal bersama anaknya semasa tempoh kuarantin selama 10 hari.
Meninjau di ruangan komen, ramai wargamaya teruja melihat aktiviti mandi pantai Haflin bersama keluarganya.
“OMG Datin seri, seriously? This is heaven. May I join?” tanya seorang wargamaya.
“Bestnya rumah tepi laut,” puji seorang wargamaya.
“Ooo boleh eh pakai gelang pink mandi laut?” tegur seorang wargamaya.
“Arghh jealous gila. Nak kelik mandi pata jugok,” komen seorang wargamaya.
“Villa Danialla tu memang datin seri punya la. Dari zaman mak dia dulu memang diorang own that property. Taktau apa-apa nak kecam, lain kali sebelum nak kecam tu kaji sikit,” sokong seorang wargamaya lagi.
Sementara itu, Mohamed Nazri kini sedang menjalani kuarantin di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan bermula Isnin.