Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Didakwa Muat Naik Komen Sensitif Terhadap Sultan Johor, Polis Siasat Posting Instagram Noor Kartini!

Hanafis Haris 30/05/2021 | 15:46 MYT

Polis bakal melakukan membuat siasatan berhubung hantaran InstaStory di laman Instagram milik Noor Kartini Noor Mohammed yang didakwa memuat naik komen berbaur sensitif terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar.

Menurut beliau, siasatan dilakukan susulan laporan polis yang dibuat ibu kepada usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa aiitu Noor Kartini sekitar pukul 5.44 petang tadi.

“Siasatan awal mendapati hantaran tersebut telah dimuat naik oleh seorang wanita berusia 32 tahun.

“Wanita berkenaan mengaku telah tersilap menggunakan Instagram milik Noor Kartini dengan membuat hantaran tersebut,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, kes itu kini dalam siasatan pihak polis kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955,” katanya.

Tambahnya, beliau menasihati orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya berkongsi sebarang maklumat atau berita di media sosial hingga menjejaskan reputasi dan hak asasi mana-mana orang.

Terdahulu, menerusi hantaran Instastory di laman Instagram Noor Kartini didakwa mempertikaikan sistem Raja Berpelembagaan di negara ini.

Tulisan itu meminta Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan pada 12 Januari lalu berkuat kuasa sehingga 1 Ogos depan.

BACA: Pertikai Sistem Raja Berpelembagaan, Noor Kartini Mohon Maaf - "Ia Kecuaian Pekerja Saya"

Sumber : Kosmo Online

#Neelofa #Polis #Raja #Noorkartini #Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
;