Viral

Didakwa Seleweng RM100K, Isteri Along Cham Buat Laporan Polis

Asyraf Roslan
29/01/2025
02:27 MYT
Sponsor Banner
Didakwa Seleweng RM100K, Isteri Along Cham Buat Laporan Polis
Isteri kepada pelawak, Along Cham, Afreena Suhaimi berkongsi sudah membuat laporan polis berikutan dakwaan terhadapanya telah menyeleweng dana sumbangan hampir RM100,000.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Afreena dilihat membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada awal pagi Rabu.
Dalam hantaran tersebut Afreena yakin bahawa dia berada di pihak yang benar.
Pada masa sama, Afreena atau lebih mesra dengan panggilan Feena turut berkongsi satu tangkap layar dengan seorang individu yang mendakwa pernah menjadi mangsa penipuan seorang wanita bernama Ika.
Individu itu turut mendakwa bahawa, Ika telah menipu ramai pihak termasuk ahli keluarganya sendiri.
Terdahulu, Along atau Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, mendakwa Afreena telah menyeleweng dana sumbangan orang awam berjumlah lebih RM100,000 yang dikatakan untuk kegunaan menguruskannya sepanjang ditahan di Penjara Sungai Buloh serta pengurusan anak.
Selain itu, Along juga mendakwa aktor Aaron Aziz turut menjadi mangsa penipuan isterinya apabila sudah memberi RM5,000 didakwa untuk kegunaan ikat jamin.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024