Hiburan

Didakwa Sering Berbalas Hantaran Di Media Sosial Bersama Bekas Kekasih, Ini Respons Amelia Henderson - "Mungkin Orang Buat Andaian Tapi Saya Dengan Aedy.."

Umirah Halim
04/07/2024
13:25 MYT
Sponsor Banner
Didakwa Sering Berbalas Hantaran Di Media Sosial Bersama Bekas Kekasih, Ini Respons Amelia Henderson - "Mungkin Orang Buat Andaian Tapi Saya Dengan Aedy.."
Susulan berita tentang perpisahan pengacara dan pelakon jelita Amelia Henderson bersama pelakon Aedy Ashraf baru-baru ini hantaran yang dimuat naik pasangan ini sering menjadi bualan warganet.
Terbaharu, menerusi ruangan komen ada netizen yang membuat spekulasi mengatakan Amelia dan Aedy sering membuat hantaran berbalas sesama sendiri bagi menyatakan perasaan tersirat mengenai hubungan mereka.

Sangkal dakwaan

Bagaimanapun, wanita berusia 28 tahun itu, menyangkal dakwaan yang dibuat sesetengah pihak.
Jelasnya, video lipsync yang menggunakan lagu berjudul 'L'Amour De Ma Vie' nyanyian Billie Eilish itu tiada kaitan dengan kehidupan peribadinya dan tiada niat mahu ditujukan kepada bekas kekasih hatinya itu.
"Tiada maksud yang deep sangat pun mungkin orang yang buat andaian, tapi saya dengan Aedy tiada apa masalah pun kami okay tiada niat langsung untuk menyakitkan hati sesiapa pun
"Lagu itu kebetulan tengah trending dekat TikTok jadi saya buat sahaja lah. tidak semestinya ada kaitan dengan kehidupan sebenar kami," katanya ketika ditemui Gempak.

Tidak berhubung seperti selalu

Dalam pada itu, Amelia turut memaklumkan bahawa dia dan Aedy Ashraf kini tidak berhubung seperti dahulu lagi namun sentiasa ada untuk satu sama lain.
"Tapi benda itu sangat personal kami tak mahu bercakap sangat tentang perkara ini, kami cuma mahu move on dengan perkara ini.
"Kami masih sokong sesama sendiri. Kami tidak berhubung seakrab dulu cuma sekiranya dia memerlukan saya atau saya memerlukan dia kami sentiasa akan ada untuk sesama sendiri," tambahnya.
Imbas semula pada Mac tahun lalu, Aedy membuat kejutan melamar Amelia secara terbuka menjadi kekasihnya di sebuah acara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, pada akhir Julai 2023, Amelia dan Aedy seperti memberi bayangan hubungan cinta mereka sudah putus apabila masing-masing memuat naik ciapan seperti dalam emosi kesedihan dan kecewa.
Malah, Aedy juga turut memadam foto-fotonya bersama Amelia dalam akaun Instagramnya yang sebelum ini dimuat naik sepanjang mereka berlakon dalam sebuah drama pada tahun lalu.
Sebelum ini, Aedy dan Amelia dikatakan mula rapat selepas sama-sama terlibat dalam drama berjudul Kisah Cinta Kita yang ditayangkan pada hujung tahun 2021.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar