Hiburan
Didakwa Tidak Mempunyai Hubungan Baik, Ini Respons Bapa Zara Zya - “Saya Tak Pernah Pun Sekilas Ada Rasa Benci Pada Dia…”
Bapa kepada pelakon Zara Zya iaitu Zainuddin memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan dia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan anak perempuannya itu.
Tiada Perasaan Dendam
Zainuddin menerusi temu bual bersama sebuah program hiburan pada Ahad berkata dia tidak pernah menyimpan perasaan dendam sebaliknya sentiasa merindui serta menyayangi aktres itu.
“Saya tak nak komen banyak, biarlah Zara sendiri yang memberikan komen. Saya sebagai seorang ayah, tak mungkin saya begitu dendam dan benci pada anak. Saya sentiasa rindu dan sayang anak saya.
“Saya tak pernah pun sekilas ada rasa benci pada dia, terserah pada dia (Zara), biar dia yang memberikan komen dan saya akan ambil pendekatan untuk mengunci mulut,” katanya.
Tetap Ayah Zara
Dalam pada itu, lelaki berkenaan turut berkata dia tetap bapa kandung kepada Zara biarpun seburuk dan seteruk mana pun dirinya seperti mana yang didakwa.
“Tak ada apa yang saya nak katakan, cuma saya nak pesan kepada Zara, nama penuh dia adalah Zainurul Razia Mohd Zainuddin. Sampai ke syurga pun sayalah ayah dia dan dia tak akan dapat ayah lain.
“Seburuk mana pun ayah dia, saya tetap ayah dia. Itu saja yang saya nak pesan,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Zara mengakui dia tidak menjalinkan hubungan yang baik dengan bapa kandungnya yang didakwa tergamak melemparkan kata-kata hinaan dan cacian kepadanya menerusi beberapa akaun palsu yang dibuatnya di media sosial.