Laman Utama
Didakwa Tiru Nama & Logo Sebuah Jenama Lokal, Sharifah Rose Dihentam Netizen - “Akhirnya Yang Picisan Ni Tertindas..”
Nama pelakon baru dan pempengaruh Sharifah Rose sekali lagi menjadi bualan hangat apabila perniagaan barunya didakwa meniru nama dan reka bentuk sebuah jenama tempatan, Sekuntom.
Menerusi laman sosial Twitter, pemilik jenama tersebut @ladsheer mendedahkan perkara tersebut beserta dengan foto perbandingan perniagaannya dengan jenama milik Rose, Sekuntum.
Menerusi perkongsian itu, Rose didakwa mengeluarkan nama yang sama tetapi dengan ejaan yang berbeza.
Selain itu, logo yang digunakan hampir sama iaitu dengan menggunakan tiga kelopak bunga dan bentuk tulisan logo yang tidak jauh beza.
Bagi pemilik tersebut, dia meluahkan rasa kecewa kerana perniagaan yang dibina sejak tahun 2017 itu dibina dengan hasil titik peluh dan kini mempunyai hampir 10,000 pengikut.
“Sekuntom business saya develop dari 2017 rebranding pada tahun 2020.
“Bila teringat nak achieve 10K susah, dapat potential buyer pun susah. Artis baru introduce business sehari dah 1K followers,” ujarnya.
Di ruangan komen, ramai wargamaya memetik nama pelakon kekasih Hati Mr Bodyguard itu yang difahamkan akan melancarkan jenamanya sendiri tidak lama lagi.
Menjengah ke akaun Instagram Rose, ada segelintir wargamaya yang bertindak menyerang pelakon terbabit dengan kecaman.
“Salam, tumpang tanya ini ke so called artis yang tiru design small business owner tu.” komen seorang wargamaya.
“Tak malu tiru idea orang,” ujar seorang wargamaya.
“Tak rasa nak tutup comment ke? Kang depress pulak,” tulis seorang wargamaya.
“Kau ingat kau aniaya orang ni, business kau maju ke? Tengok la 2 tahun lagi melingkup business kau ni,” ungkap seorang wargamaya.
“Kesian tau cikok nama dan logo brand orang lain,” komen seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, Rose masih berdiam diri dan belum mengeluarkan sebarang komen mengenai perkara tersebut.