Laman Utama
Diejek Buat Bibir & Semakin Buruk, Ini Sebab Kylie Jenner Lakukan Filler
Kylie Jenner baru baru ini menjadi sensasi selepas dia dan rakan baiknya, Stassie Karanikolaou muncul di TikTok sambil mempamerkan ‘bibir baharu’ mereka.
Kemunculan Kylie dengan bibir yang lebih besar dan seperti tidak asli telah mendapat kecaman dalam kalangan pengguna media sosial.
Salah seorang netizen telah meninggalkan komen berbunyi: “Kami mahu bibirnya.”
Kylie kemudian menjawab: “Ini filter, tolong pergi.”
Malah ada netizen lain yang meninggalkan komen dengan meminta dia berhenti untuk melakukan sesuatu pada bibirnya kerana dirinya sudah kelihatan cantik.
Dalam gambar tersebut, Kylie dan Karanikolaou dilihat memakai lip liner yang agak tebal dan menampakkan bibir mereka kelihatan ‘seksi’.
Ironi adik Kim Kardashian itu memang melakukan filler pada bibirnya selepas berasa rendah diri kerana ditegur seorang lelaki yang pernah bercium dengannya.
“Kami tak ada masalah sewaktu bercium, tapi dia kata bibir saya terlalu nipis,” dedahnya.
Dia yang sempat menafikan menyuntik bahagian bibir agar kelihatan lebih tebal mengatakan: “Ya, saya melakukan filler dan itu adalah perasaan rendah diri terbesar saya (memiliki bibir nipis).
Pemilik produk kecantikan dan alat solek ini pertama kali melakukan filler sewajtu berusia 17 tahun.
“Dulu saya selalu memakai lip liner di luar bibir untuk menampakkan ia tebal dan besar, namun ternyata itu tidak cukup. Jadi saya lakukan filler,” dedahnya beberapa tahun silam.