Laman Utama

Digandingkan Bersama Uqasha Menerusi 'Perkahwinan Dari ...', Kamal Tidak Fikir Soal Badi Melekat

Amri Hassan
05/07/2021
12:45 MYT
Sponsor Banner
Digandingkan Bersama Uqasha Menerusi 'Perkahwinan Dari ...', Kamal Tidak Fikir Soal Badi Melekat
Jika anda terlepas menyaksikan telefilem, Perkahwinan Dari ……. lakonan pasangan ini, Kamal Adli dan Uqasha Senrose pada 22 Mei lalu, jangan risau kerana ada yang lebih menarik menanti peminat menerusi rakaman di sebalik tabir semasa penggambaran dijalankan.
Baru sahaja dimuat naik di laman YouTube Uqasha Kamal Channel, tajuk cadangan awal adalah Perkahwinan Dari Neraka. Kalau difikir semula, ia kedengaran ‘menakutkan’ apatah lagi buat Kamal dan Uqasha yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Uqasha menerusi video sama sempat berjenaka mengenai judul cadangan itu sambil mengatakan takut melekat badi.
Sementara itu, Kamal, 35, hanya tergelak apabila dihubungi Gempak sambil terbuka berkongsi erti Perkahwinan Dari Neraka menerusi pandangan subjektif diri sendiri.
“Tak tahu nak cakap apa. Mungkin gaduh, mengamuk, kena berkahwin secara paksa, kemudian semua ada yang tak kena sambil kena mengadap muka isteri,” jelasnya.
Merupakan lakonan bersama keempat mereka di skrin televisyen, gandingan dia dan Uqasha hanya kebetulan dalam telefilem itu apabila masing-masing lapang dalam menghitung beberapa hari sebelum Raya lalu.
Sementara itu, Kamal tidak ketinggalan turut berkongsi kisah semasa menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang memasuki hari ketiga.
“Saya duduk rumah sahaja. Waktu sama, saya dan Uqasha sibuk dengan bisnes berdua kami. Terima kasih kepada peminat yang menyokong kami.” akhiri Kamal.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar