Laman Utama

Digelar ‘Bapa Cool’, Azhar Sulaiman Tak Nak Kongsi Cara Mendidik Anak - “Ia Akan Menjadi Suatu Yang Menyimpang Dari Agama…”

Asyikin Mayudin
01/01/2023
01:55 MYT
Sponsor Banner
Digelar ‘Bapa Cool’, Azhar Sulaiman Tak Nak Kongsi Cara Mendidik Anak - “Ia Akan Menjadi Suatu Yang Menyimpang Dari Agama…”
Perkongsian pelakon Azhar Sulaiman mengenai anak-anak perempuannya iaitu Kasih Leia Ixora dan Kasih Iris Leona di laman sosial sentiasa menarik perhatian netizen dan media.
Bagaimanapun, Azhar menerusi laman sosialnya memberitahu dia terpaksa menolak semua jemputan temu bual mengenai gelaran ‘Bapa Cool’ bersama wartawan dan program hiburan.
Mengucapkan terima kasih kepada media, Azhar berkata dia mengambil pendekatan itu kerana beranggapan cara dia mendidik anak-anaknya tidak sesuai untuk dikongsikan kepada umum.
“Terima kasih kepada semua wartawan dan program hiburan yang menghubungi saya baru-baru ini. Maaf saya terpaksa menolak semua jemputan untuk temu bual fasal ‘Bapa Cool’ topik ni.
“Bagi saya… cara saya hanya untuk saya dan keluarga dan ia bukan untuk dikongsikan dengan orang lain secara rasmi.
“Ia akan menjadi suatu yang menyimpang dari agama dan contoh tidak baik untuk keluarga lain ikuti. Tepuk dada tanya selera sendiri,” kata Azhar.
Malah, Azhar turut memberitahu dia perlu bertanggungjawab terhadap orang lain jika berkongsi perkara itu.
“Saya perlu bertanggungjawab jugalah untuk orang lain. Maaf kepada semua wartawan,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, video anak perempuan sulungnya Kasih Leia Ixora mengadakan parti di rumah mendapat perhatian netizen yang turut menggelarkannya sebagai ‘bapa cool’.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar