Laman Utama

Digelar One Million Voice, Duta Sheila On 7 Tak Kisah Menyanyi Di Majlis Kahwin Tanpa Bayaran

Maliah Surip
15/05/2023
13:43 MYT
Sponsor Banner
Digelar One Million Voice, Duta Sheila On 7 Tak Kisah Menyanyi Di Majlis Kahwin Tanpa Bayaran
Vokalis kumpulan terkenal Sheila On 7, Duta, diketahui mempunyai sikap merendah diri dan sederhana dalam kehidupan hariannya.
Sikap rendah diri yang Duta malah sering ‘tertangkap’. Selain dirinya suka membeli makanan di warung, berjalan kaki ke masjid, solat di atas kapal sehingga tidak kisah jika menjadi penyanyi yang menghiburkan pengantin dan tetamu di majlis perkahwinan.
Salah satu video dirinya sedang menyanyi di sebuah majlis perkahwinan dipercayai di kampung halamannya di Jogjakarta pernah menjadi viral.
Dalam video tersebut, Duta dilihat menyanyi lagu hit Anugerah Terindah dengan menggunakan mikrofon dan sistem bunyi yang sangat biasa.
Selain itu, Duta dan Sheila On 7 sendiri kerap menjadi pilihan para mempelai untuk menghiburkan hadirin, termasuk yang terbaharu kumpulan ini muncul di majlis perkahwinan selebriti Jessica Mila dan Yakup Hasibuan.
Sewaktu muncul menjadi tetamu di saluran YouTube Salim A.Fillah, Duta menjawab persoalan mengenai ‘kemunculannya’ sebagai penghibur di majlis perkahwinan.
Menurut Duta dirinya selalu hadir ke sesebuah majlis perkahwinan sebagai tetamu jemputan sebelum akhirnya diminta menyanyi. Dan dia dengan senang hati akan menunaikan permintaan menyanyi.
“Selalunya saya hadir sebagai tetamu, tapi saya juga tidak kisah kalau dijemput menyanyi.
“Saya juga tidak kisah jika itu majlis saudara atau bukan. Jika diminta menyanyi, saya tetap bersedia kerana sejujurnya saya tak percaya diri untuk menawarkan diri sendiri menyanyi,” katanya seperti dilaporkan Kompas.
Pelantun Sephia itu kemudian mengaku tidak kisah menyanyi di majlis kahwin meski tidak dibayar.
“Saya tidak kisah (tidak dibayar). Saya anggap nyanyian itu sebagai hadiah terbaik yang dapat diberikan kepada pengantin,” katanya lagi.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar