Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Digilis Jentolak Seberat 6,000 KG, Jeremy Renner Patah 30 Tulang

Maliah Surip 23/01/2023 | 15:56 MYT

Bintang Avengers, Jeremy Renner yang mengalami kemalangan ngeri pada awal tahun ini mendedahkan patah lebih 30 tulang akibat digilis jentolak dalam insiden tersebut.

Renner yang sempat kritikal, menjalani dua kali pembedahan dan dirawat sehingga dua minggu di hospital kini sudah pulang ke rumah.
Namun, dia yang sempat menyambut ulang tahun ke-52 di hospital masih perlu menjalani rawatan susulan dan melakukan banyak aktiviti fisioterapi bagi memastikan keadaan fizikalnya pulih seperti sedia kala.
Menerusi kemas kini terbaharu, Renner memaklumkan telah mengalami patah sehingga lebih 30 tulang akibat kemalangan yang berlaku sewaktu dia membantu membersihkan salji yang terlalu tebal di kediamannya, di Nevada.
“Rutin pagi, resolusi telah mengubah seluruh tahun baru saya.
“Saya perlu fokus seperti mana kalian semua memberikan sokongan dan cinta buat saya.
“Lebih 30 tulang yang patah ini akan kembali kuat, sama seperti kasih sayang yang kalian kirimkan kepada saya,” tulis Renner dalam Instagramnya.
Pemegang watak Hawyeke itu sebelum ini dilaporkan kritikal dan trauma selepas digilis oleh jentolak PistenBully seberat 6,350 kilogram. Dia waktu itu sedang membantu membersihkan salji yang menimbun di atas kereta milik seorang saudaranya di sebatang jalan raya dekat Lake Tahoe pada Tahun Baru.

#Hollywood #Cedera #Jeremy Rehmer #Jentolak
;