Viral

Dihalau Dari Rumah Sewa, Suami Tak Hirau Lepas Kahwin Lain… Wanita Dua Anak Ini Tumpang Tidur Di Masjid

Gempak
21/03/2024
23:55 MYT
Sponsor Banner
Dihalau Dari Rumah Sewa, Suami Tak Hirau Lepas Kahwin Lain… Wanita Dua Anak Ini Tumpang Tidur Di Masjid
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Seorang wanita dan dua anaknya terpaksa cekal hati dan mengambil keputusan untuk bermalam di masjid gara-gara dihalau keluar daripada rumah sewanya.
Lebih menyayat hati, wanita itu juga mengakui yang sang suami tidak menghiraukan keluarganya selepas mengambil keputusan untuk berpoligami.
Hal tersebut dikongsikan oleh seorang ustaz di akaun Facebooknya baru-baru ini.

Minta izin tidur masjid

“Selesai solat terawih dan tadarus malam tadi. Di satu sudut masjid saya terpandang kepada seorang wanita dan dua orang anaknya yang masih kecil. Waktu itu hanya ada beberapa orang sahaja jemaah lelaki yang datang ke masjid untuk qiamulail.
“Kemudian wanita itu datang dan menyapa, “Ustaz, boleh tak saya nak minta izin untuk menumpang tidur di sini (masjid) untuk malam ini sahaja?’. Masa itu jam sudah hampir pukul 12 malam, dengan anak-anak yang masih kecil dan hanya ada sehelai selimut sahaja,” katanya.
Untuk kepastian, individu tersebut bertanya asal wanita itu dan sebab mengapa dia ingin bermalam di masjid.
“Saya bertanya kalau akak ni dari mana? Kenapa nak tidur di masjid? Anak-anak ini ayahnya di mana? Jawapannya membuatkan saya terdiam seketika. Kata ibu ini, dia baru di halau dari rumah sewanya. Suaminya pula selepas kahwin baru langsung tak ambil kisah pasal keluarga, Subhanallah.
“Dia pula tiada tempat untuk minta pertolongan memandangkan ahli keluarganya tinggal di Selangor,” tulisnya lagi.

Tiada wang

Lelaki lalu bertanya ke manakah hala tuju wanita itu pada keesokan harinya dan adakah dia mempunyai bekalan wang bersama.
“‘Tak ada duit ustaz’. Jawab nya dalam keadaan malu.
“Allahuakbar. Di tengah larut malam begitu agaknya ibu mana yang sanggup bawa anak-anak kecil sebegitu keluar tidur merata. Macam mana kalau anak-anak itu tidur dalam keadaan lapar sedang saya mengetahui akan hal itu.
“Adakah saya akan berdosa? Sebagai seorang muslim bukan ke kita dituntut supaya mengasihi muslim yang lain.
“Sebelum saya beredar untuk pulang, Saya cuba bantu sekadar yang termampu. Dia minta izin untuk gunakan sedikit wang sumbangan untuk beli tiket bas dan bakinya untuk makan.

Suami abai tanggungjawab

“Syukurlah kalian yang masih ada tempat tidur, yang masih ada duit untuk berbelanja, yang masih mampu tersenyum dengan segala macam nikmat yang Allah kurniakan. Doa saya semoga Allah bukakan jalan keluar untuk akak dan anak-anak dari masalah yang di hadapi saat ini.
“Untuk lelaki yang mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah, ingat lah!! Tak lambat dan tak cepat balasan Allah itu ada,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, lelaki itu memberitahu yang kelibat wanita itu sudah tidak kelihatan sungguhpun ramai yang menghubunginya mahu menghulurkan bantuan.
Sumber: Facebook

BERITA TRENDING: Panjat Belakang, Sepak Kepala Jemaah Wanita Di Masjid! Perangai Kanak-Kanak Ini Bikin Netizen Panas Hati -…

BERITA TRENDING: Guru Mengaji Usia 67 Tahun Curi Kubah Emas Masjid Bernilai Hampir RM1 Juta

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar