Laman Utama
Dihina Netizen Janda Kafir, Hidap Bipolar & Kanser Payudara, Marshanda Rasa Masih Dilindungi Tuhan
Marshanda tidak boleh lari dari ketentuan takdir, sering berdepan pelbagai masalah baik dari segi kesihatan mahupun keluarga.
Selain disahkan menghidap bipolar, Marshanda sebelum ini dipisahkan dari bapanya dan didiagnosis kanser payudara.
Dalam satu wawancara virtual pada Selasa, Marshanda, 32, seakan-akan hilang kata-kata apabila berdepan dengan pelbagai ujian kehidupan bertubi-tubi.
"Jawapannya kerana Allah," ujarnya ringkas.
Marshanda yang mesra disapa Caca itu berpegang pada prinsip Tuhan sentiasa ada melindunginya meskipun berhadapan pelbagai pancaroba.
"Aku percaya Allah menciptakan hamba-Nya dengan tujuan yang besar, mulia, istimewa dan luar biasa.
"Aku tahu Allah memegang tanganku. Aku tahu Allah tak akan tinggalkan aku sendirian walaupun netizen panggil janda kafir masuk neraka saja.
"Waktu itu, aku percaya Allah dekat denganku," tambahnya.
Dalam pada itu, Marshanda percaya ujian yang dilaluinya itu tidak sebesar orang lain yang jauh berdepan pelbagai dugaan.
"Setiap orang punya kesusahan masing-masing. Jadi aku tak anggap diriku sudah jatuh ditimpa tangga, halilintar atau bumi. Tidak," tegasnya.
Mengimbas kembali, awal minggu lalu, Marshanda mengumumkan dirinya sedang melawan kanser payudara menerusi video YouTube I Have Breast Tumor.
Difahamkan Marshanda kini sedang berada di Singapura untuk mendapatkan rawatan lanjut tentang kanser payu dara dalam tubuhnya.
Baru-baru ini pula Marshanda dikecam netizen apabila memilih untuk menari sebagai terapi untuk pulih daripada masalah bipolar yang dihidapinya.
Malah, ramai yang meminta agar Marshanda mendekatkan diri dengan Allah dengan cara silat dan berzikir untuk menenangkan hati.
Untuk rekod juga, Marshanda pernah berkahwin dengan Ben Kasyafani pada 2011 namun bercerai pada 2014.
Sumber: Tribunnews