Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Dihina Payudara Kecil, Pelakon Black Widow; "Kenapa Harus Malu?"

Amri Hassan 13/07/2022 | 13:55 MYT

Penampilan pelakon filem Black Widow, Florence Pugh di pertunjukan fesyen Valentino Haute Couture Fall-Winter 2022/2023 di Rom, Itali, baru-baru ini telah memicu kontroversi.

Pugh, 26, muncul dalam persalinan gaun merah jambu yang transparen hingga menampakkan payudaranya dikritik segelintir pengguna media sosial.
Enggan berdiam diri, Pugh kemudiannya tampil membidas semula komen-komen negatif warganet dan menegaskan dirinya selesa dengan penampilan tersebut.
"Dengar ya, saya tahu apabila saya menyarung persalinan itu pastinya akan ada pelbagai komen sama ada negatif atau positif.
"Saya teruja untuk memakainya, tak ada sedikit pun perasaan cuak.
"Apa yang menarik sebenarnya betapa mudahnya untuk segelintir golongan lelaki yang 'menjahanamkan' tubuh wanita, secara umum dan bangganya untuk semua orang nampak.
"Ini bukanlah kali pertama dan bukan kali terakhir seorang wanita menerima komen yang tidak bagus tentang dirinya sendiri daripada orang asing. Apa yang membimbangkan betapa teruknya sebilangan kecil lelaki ini.
"Syukurlah, saya sentiasa menghargai tubuh badan saya dan saya gembira dengan 'kekurangan' yang saya pernah tak sanggup lihat sejak usia 14 tahun ini.
"Ada yang datang secara agresifnya menyatakan betapa mereka kecewanya dengan saiz payudara saya yang kecil, dan seakan-akan menyarankan agar saya rasa kecewa dengan 'dada rata' saya.
"Saya dah lama hidup dengan tubuh badan saya ini dan saya sedia maklum tentang saiz payudara saya, saya tak takut pun.
"Tapi kenapa pula kamu yang risau? Kecil, besar, kiri, kanan, hanya tinggal satu, atau langsung tiada? Apa? Kenapa takut sangat?" tulisnya menerusi hantaran di Instagram baru-baru ini.
Pugh mengakui keberadaan dalam industri hiburan menjadi sebahagian misinya untuk memberikan kesedaran tentang hormat sesama manusia.
"Ia secara tidak langsung membuatkan saya terfikir apa yang menjadikan kalian begitu kecewa dengan saiz badan atau keadaan tubuh saya?
"Saya bersyukur dibesarkan dalam keluarga yang menghargai tubuh badan sendiri. Tak malu untuk kata ia selesa.
"Menjadi misi saya dalam industri ini untuk mengatakan 'peduli apa dengan kata-kata orang', setiap kali orang fantasikan tubuh saya untuk kelihatan menawan dan punyai tarikan seksual.
"Saya pakai gaun itu kerana saya tahu, jika kalian mudah membuli wanita secara terbuka pada tahun 2022 ini, jawapannya kalian itu sebenarnya yang tak matang.
"Hormati orang, hormati tubuh badan, hormati semua wanita, hormati setiap manusia. Percayalah, hidup kalian akan lebih mudah," tegasnya.

A post shared by Florence Pugh (@florencepugh)

Untuk rekod, Pugh yang berasa dari United Kingdom mula dikenali menerusi filem The Falling pada tahun 2014.
Pugh kemudiannya terus mengorak langkah menerusi lakonan hebat dalam filem Black Widow, Little Women, Lady Macbeth dan bakal muncul menerusi Dune: Part II tahun hadapan.

#Viral #Hollywood #Payudara #Kecil #Black Widow #Itali #Florence Pugh #Rom #Valentino
;