Hiburan
Dijangkiti Influenza A, Neelofa Mohon Maaf Terpaksa Batal Semua Temujanji
Pengacara popular, Neelofa, terpaksa memohon maaf kepada semua kerana terpaksa membatalkan semua temujanjinya kerana terkena jangkitan Influenza A.
Perkara tersebut dikongsi admin laman Facebook rasmi Neelofa, menerusi sebuah kenyataan pada malam Rabu.
Usahawan berjaya itu turut memberitahu dia kini dikuarantin selama seminggu di sebuah hospital di ibu kota.
"Dengan rendah hati saya ingin memohon maaf kepada semua pelanggan, rakan kongsi dan mereka yang sudah membuat temujanji dengan saya sepanjang minggu ini.
"Saya terpaksa menolak semua jemputan majlis dan kunjungan pelawat ke hospital kerana khuatir jangkitan berlaku,”katanya.
Tambahnya lagi, dia mula menyedari dirinya kurang sihat sebaik sahaja pulang dari mengerjakan ibadah haji baru-baru ini.
Setibanya di Kuala Lumpur, Neelofa bergegas ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan mendapati dirinya sudah dijangkiti.
Dalam pada itu Neeloga turut memohon agar orang ramai mendoakan kesihatannya.
"Semoga saya kembali sihat dan boleh kembali bekerja seperti biasa," katanya.