Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Dijanji Bulan Bintang! Ramai Anak Muda Bawah 25 Tahun Berhutang Ah Long Juta-Juta Ringgit, Muflis" - Hafiz Mahamad

Amri Hassan 24/12/2022 | 11:55 MYT

Pempengaruh dan usahawan popular Hafiz Mahamad mendedahkan ramai individu dalam kalangan anak muda berusia bawah 25 tahun terbelenggu dengan hutang yang mencecah hingga jutaan ringgit.

Jelas pengasas produk kecantikan Ainaa Beauty ini, kebanyakan anak muda terpengaruh dengan janji manis dan terjebak dengan sistem pengurusan syarikat tertentu yang secara tidak langsung memperalatkan mereka.
"Sempena kempen Malaysia Baru, Peluang Perniagaan Baru kita nak mendidik masyarakat supaya mereka ada minat berniaga sebab masyarakat kita terutamanya anak-anak muda dah hilang minat berniaga kerana sikap orang kaya dan pemilik perniagaan yang menindas mereka.
"Penindasan itu bermaksud mereka dijanjikan bulan bintang, ada antara mereka tak cukup modal berniaga.
"Ada sesetengah organisasi mengajar mereka untuk meminjam duit, ada berhutang dengan ah long, ada pergi buat pinjaman bank dan saudara mara, demi kepentingan HQ ambil modal mereka. Itu jalan salah!
"Sepatutnya mereka mula berniaga dengan modal yang rendah dahulu, kemudian barulah diajar tentang pengurusan dan sebagainya. Disebabkan mereka terlalu percaya, hutang meninggi tapi stok tak berjalan," katanya kepada Gempak.
Hafiz ditemui bersama isterinya, Syafiqah Aina pada majlis Briefing & Chillin’ with AINAA di Marriott Putrajaya baru-baru ini.

Hutang ah long juta-juta

Tambah Hafiz, dia dan pasukannya sering dipertemukan dengan anak-anak muda yang meminta bantuan untuk keluar dari kesempitan dan hutang.

Malah, ada yang pernah tersilap langkah merancang ekonomi sehingga terikat dengan hutang dan pinjaman tidak bertauliah serta menjadi mangsa diperalatkan oleh pengasas produk tempatan.
"Ramai anak muda berhenti berniaga, tak berjaya dan dikelilingi hutang. Ada yang dah bankrap di usia muda.
"Ramai yang datang pada kami sampai ratus ribu hutang, mereka diajar berhutang dengan ah long!
"Kalau selama ini kita mendengar orang yang meminjam ah long berumur 30 tahun ke atas, tapi sekarang ni apa komitmen hidup mereka golongan muda untuk berhutang dengan ah long?
"Adakah mereka berkeluarga? Susah? Tidak... mereka masih belajar.
"Ini bermakna mereka dipergunaalatkan oleh sistem perniagaan yang salah," jelasnya lagi.
Justeru kempen 'Malaysia Baru, Peluang Perniagaan Baru' berobjektifkan untuk memacu masa depan ekonomi negara dan kestabilan kewangan golongan B40 muda.
Dalam kempen sama, Hafiz menyeru anak muda yang ingin menjana pendapatan melalui sistem ejen atau stokis, untuk lebih cakna dalam memilih jenama yang mempunyai wawasan serta visi di masa hadapan seperti AINAA Beauty.
Setelah hampir enam tahun menempa nama menggunakan sistem ejen dan stokis yang telus dan bersih, AINAA Beauty telah berjaya melahirkan lebih dari 3,000 orang usahawan bersama pasukan pengurusannya serta dibantu oleh 10 orang stokis terbesar dalam komuniti mereka yang kini mempunyai empayar perniagaan yang stabil dan berwawasan.
Sementara itu, Hafiz antara lima calon top 5 Influencer Tergempak Anugerah Gempak Most Wanted 2022! Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Viral #Hafiz Mahamad #Syafiqah Aina #Muflis #Kempen #Ainaa Beauty
;