Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Dikecam Gara-Gara Minta ‘Sponsor’ Majlis Resepsi Sebab Kurang Bajet, Abang Viva; “Niat Saya Hanya…”

Asyikin Mayudin 27/12/2022 | 22:50 MYT
Status Facebook yang dimuat naik sukarelawan terkenal Abang Viva meminta tajaan untuk majlis persandingannya pada 31 Disember ini di Alor Gajah, Melaka mengundang kecaman netizen.

Mohon maaf atas salah faham yang berlaku, Abang Viva atau Azwan Omar menjelaskan permintaan tersebut hanya sekadar gurauan sahaja dan berharap semua pihak berhenti memperbesarkan isu itu.

“Assalamualaikum… pertama saya mintak maaf fasal post saya yang lepas berkenaan isu sponsor. Kalau tengok betul-betul, itu saya buat gurauan. Minta semua jangan besarkan isu itu.

“Niat saya hanyalah untuk memberitahu kepada semua tentang majlis yang akan diadakan. Tak sangka banyak admin page membesarkan isu sponsor saja. Itu yang dihighlightkan,” jelasnya.

Abang Viva memberi penjelasan tersebut menerusi laman Facebook miliknya selepas menerima pelbagai reaksi termasuklah kecaman netizen yang kurang senang dengan permintaan tajaan itu.

Tambah Abang Viva lagi, tidak mungkin dia mahu meminta tajaan memandangkan majlis tersebut bakal berlangsung dalam masa beberapa hari saja lagi.

“Kalau dikutkan tinggal berapa hari saja lagi. Jika betul saya nak sponsor saya dah update sebulan lepas… maaf sekali lagi di atas salah faham semua,” katanya lagi.

Terdahulu, Abang Viva menerusi Facebook memberitahu dia akan mengadakan majlis persandingan secara kecil-kecilan di rumah ibu dan bapanya yang terletak di Alor Gajah, Melaka.

Abang Viva juga sempat berseloroh kepada para pengikutnya dengan mengatakan bahawa dia sangat mengalu-alukan tajaan untuk majlis resepsinya kerana kekurangan bajet.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Abang Viva #Abang Viva sponsor #Majlis Abang Viva
;