Hiburan
Dikritik ‘On-Off’ Bertudung, Aprena Manrose Terharu Masih Ramai Pengikut Beri Kata Semangat – “Berilah Saya Ruang Dan Peluang”
Pelakon Aprena Manrose mengakui dirinya hanyalah Hamba Allah yang tidak pernah lari dari membuat sebarang kesalahan.
Takkan Puaskan Hati Semua
Menurut Aprena atau Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 32, dia tidak menafikan kewajiban memakai tudung itu adalah tuntutan dalam Islam.
“Saya tak berani nak bercakap apa-apa sebab kalau cakap ia tidak akan memuaskan hati sesiapa juga.
“Saya tak menafikan bahawa tudung itu adalah wajib tapi saya hanya manusia biasa yang tak pernah lari dari kesilapan.
“Saya hamba Allah seperti orang lain yang tak pernah lari daripada ujian. Mana yang baik, silalah ikut dari saya dan yang buruk janganlah ikut,” katanya kepada Gempak.
Syukur Ramai Beri Semangat
Biarpun dikritik hebat, Aprena terharu masih ramai yang memberi kata-kata semangat dan aura psoitif terhadapnya di media sosial.
“Bagi saya adalah sebaik-sebaiknya kita mendoakan seseorang itu diberi hidayah.
“Secara jujurnya, pengikut-pengikut dalam Instagram (IG) saya semua orang baik-baik yang mendoakan.
“Terharu sangat, 90 peratus itu lebih kepada memberi kata-kata semangat berbanding yang tak baik,” kongsinya.
Akui Ada Struggle Sendiri
Dalam pada itu, sepupu kepada pelakon Nelydia Senrose itu turut mengakui dia mempunyai kepayahan selain mempunyai masalah peribadi.
“Saya akan kongsi apa yang saya nak kongsi. Itu adalah IG saya, profil saya.
“Saya minta maaf sangat jika ada yang tak suka melihat tapi saya manusia biasa.
“Saya rasa semua ada struggle masing-masing, saya juga ada masalah tersendiri diri tapi bukan saya nak cakap buka tudung itu adalah alasan untuk kita lari dari masalah.
“Berilah saya ruang dan peluang untuk perbaiki diri menjadi manusia lebih baik,” tutupnya positif.
Terdahulu, Aprena menjadi perhatian apabila sering membuka hijabnya selain pernah mengenakan hoodie dan topi sehingga menampakkan bahagian leher.
Aprena memulakan usaha berhijab pada Ramadan 2021, sebelum mengambil keputusan memakai tudung penuh tidak lama kemudian.
Must-Watch Video