Laman Utama

Dikritik Sebab Hantar Anak Belajar Guna Biasiswa MAIWP, Dr Zul Jawab Netizen…

Izwan Isa
23/09/2023
00:50 MYT
Sponsor Banner
Dikritik Sebab Hantar Anak Belajar Guna Biasiswa MAIWP, Dr Zul Jawab Netizen…
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerima kritikan netizen apabila anaknya, Abdul Syakur menerima biasiswa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Jordan dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh.
Menurut beberapa hantaran oleh pengguna platform, Abdul Syakur dirasakan tidak layak memandangkan dia merupakan anak kepada Bekas Menteri dan dirasakan mempunyai kelebihan dari segi kewangan berbanding calon lain.
“Anak bekas menteri, bekas mufti pun dapat biasiswa. Tak faham aku,” tulis seorang pengguna media sosial.
Enggan berdiam diri, Dr Zulkifli membalas ciapan berkenaan.
“Memandangkan ini melibatkan wang zakat, saya amat sarankan saudara teliti maksud ‘asnaf fi sabilillah’ bagi pengurusan zakat di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Boleh rujuk juga laporan tahunan agihan zakat.
“Semuanya siap diaudit dan boleh diakses oleh masyarakat awam. Ribuan anak-anak asnaf fakir miskin terima manfaat zakat setiap tahun untuk menyambung pengajian daripada peringkat sekolah sehingga ke universiti. Terima kasih,” tulisnya.
Untuk rekod, lapan golongan yang layak menerima zakat dan digelar asnaf adalah:
1- Fakir 2- Miskin 3- Amil 4- Muallaf 5- ar Riqab (memerdekakan orang islam dari perhambaan) 6- al Gharimin (golongan yang berhutang) 7- Fi Sabilillah 8- Ibn Sabil
BACA: "Haram Sebar Video Atau Gambar Mangsa Rentung ..." - Dr Zulkifli Al Bakri​
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar