Laman Utama
Dikutuk Tak Tampan Tanpa Headband, Atta Halilintar: "Sejak Memakainya..."
Youtuber Indonesia, Atta Halilintar memang terkenal dengan penampilannya yang sering memakai headband pada bahagian dahinya.
Bukan sekadar aksesori atau penambah gaya biasa, Atta mengaku dia jarang tampil tanpa headband kerana ia menjadi punca rezekinya sentiasa mengalir.
Hal itu diakui Atta selepas ada netizen yang mempersoalkan gaya dan penampilannya. Malah ada yang mengutuk wajah Atta tanpa headband kelihatan tidak elok.
"Kenapa saya pakai headband, sebab sejak memakainya rezeki saya mengalir lancar. Jadi saya terus menjadikan ini sebagai identiti dan supaya lebih yakin diri," kata Atta seperti yang ditulis dalam akaun Instagramnya pada Sabtu lalu.
Lantaran kerap memakai headband, tunang Aurel Hermansyah ini mengaku akan berasa pelik jika tidak mengenakannya dalam penampilan sehari harian.
Dia juga menjawab kritikan netizen terhadap wajahnya tanpa headband.
"Ramai yang hina fizik saya tanpa pakai headband. Saya okay dan terima kasih Tuhan.cSaya bangga punya fizik Indonesia Padang dan diberkahi," kata Atta.
Aurel juga tetap menyokong penampilan bakal suaminya itu. Dia dilihat memberi kata semangat kepada Atta dengan mengatakan: "Jangan dengar cakap orang.
"Jadi diri anda sendiri, sayang. Sudah kacak!".
Instagram: @attahalilintar