Hiburan

Dilabel ‘Penyangak' Gara-Gara Berimej Rambut Panjang, Fadlan Hazim: “Saya Tak Terasa Sebab…”

Khairil Khusyairi
08/08/2024
01:55 MYT
Sponsor Banner
Dilabel ‘Penyangak' Gara-Gara Berimej Rambut Panjang, Fadlan Hazim: “Saya Tak Terasa Sebab…”
Aktor Fadlan Hazim berkongsi isterinya iaitu Aiya Mukhamedsalova teruja dengan imej terbaharunya kini yang berambut pendek.

Isteri Teruja

Bercakap kepada Gempak, Fadlan atau nama sebenarnya Fadlan Hazim Anuwar, 32, berkata sudah tiba masanya untuk dia membuat transformasi dengan penampilannya itu.
“It’s time to make some changes lah, for those yang kenal saya sebagai pelakon, setiap projek saya akan cuba jadi ‘orang lain’.

“Isteri saya yang terpaling bahagia bila saya cakap pada dia yang ‘I’m gonna cut my hair for my new role’.

“Reaksi dia terkejut gila bila saya balik rumah after potong rambut, blushing pipi dia macam first time jumpa dulu,” katanya ketika dihubungi.

Lebih Selesa Berambut Panjang

Tambah Fadlan, peminatnya juga berasa teruja sekaligus mengimbau imej pada awal kemunculannya dalam industri.

“Mostly peminat perempuan suka saya rambut pendek, reminds them masa saya baru start berlakon dulu, young and clean look.

“My postings of my new look dekat media sosial ramai my fans yang komen ‘old Fadlan is back’ dan ramai yang tunggu saya bawa this current look balik.

“Tak lupa juga my long rugged hairstyle with beard rata-rata peminat lelaki yang support me with that look, and if u ask me personally I prefer to keep my long hair,” ujarnya lagi.

Tak Terasa Dilabel Penyangak

Ditanya mengenai kritikan netizen yang melabelnya sebagai ‘penyangak’ susulan imej berambut panjang, Fadlan akui tidak terasa.

“Tak terasa sebab saya tahu imej rambut panjang dengan jambang tu saya nampak lagi kasar compare tu my current look now.

“Selalunya saya akan ubah penampilan mengikut watak yang saya akan mainkan. For the time being saya tengah buat this RomCom project with Astro Rahsiamu Selamat Denganku dan watak itu macam vibe-vibe oppa sedikit,” katanya.
Kongsi pelakon Bukan Cinta Sempurna itu lagi, dia juga selesa dan yakin setiap kali memegang watak antagonis.“Saya banyak dapat antagonis role, mungkin ramai penerbit percaya saya boleh play antagonist that well dan memeriahkan lagi their project tu.

“Sejujurnya saya rasa selesa dan confident play those antagonists roles. Cuma ya lah now saya nak buat something else jugak that’s why I’m doing this transformation for myself.

“Most Importantly I’m waiting for fighting action movie roles, all producers should know I’ve been practicing martial arts for my whole life,” tutupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Fadlan Hazim Potong Rambut & Cukur Jambang Buat Netizen Tak Keruan – “Wow Macam Kim Ji Hoon”

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah Tangga Penuh Keberkatan, Hati Fadlan Hazim Kini Lebih Lembut - “Ada Orang Curah Kasih Sayang”

ARTIKEL BERKAITAN: Ambil Masa 7 Bulan Untuk Nikah, Fadlan Hazim Sedih Tiada Wakil Keluarga Isteri Dari Kazakhtan Yang Hadir

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar