Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Dilabel Pilih Lelaki Asal Boleh, Sekali Fila Jawab - “Suami Saya Tak Merokok, Fasih Tujuh Bahasa, Belajar Sampai Master”

Mya Amri 18/11/2023 | 08:55 MYT

Personaliti media sosial, Nur Afilah Amir Rusdi meluahkan rasa kesal apabila masih ada lagi segelintir netizen yang memberikan pandangan negatif terhadap perkahwinan campurnya.

Malah ada juga yang menganggap Afilah atau lebih mesra dengan panggilan Fila ini memilih suami dengan kriteria ‘asal boleh’ untuk berkahwin.

Walaupun berasa terkilan dengan dakwaan tersebut, namun Fila tetap membalas komen netizen itu secara profesional.

Fila menerusi akaun TikTok miliknya telah memuat naik video pendek yang merakamkan serba sedikit tentang mengenai kebaikan dan kehebatan suaminya iaitu Adama Muhamed Camara yang berasal dari Guinea, Afrika Barat.

“Asal boleh? Jika nak dibandingkan dengan kau, suami saya jauh lebih bagus kot. Suami saya tak merokok, fasih tujuh bahasa.

“Suami saya belajar sampai peringkat master, suami saya rajin bukan biawak hidup, suami saya tak insecure pergi kecam orang merata dekat sosial media.

“Ei ada hati nak kata kita ni asal boleh pilih suami. Elok lagi laki aku dari hang. Lagi satu dia tinggi, hang takat dok celah ketiak dia je,” tulis Fila.

undefined

Terdahulu, Fila dan Adama sebelum pernah menjadi tular kerana perkahwinan campurnya yang dianggap unik.

Fila dan Adama telah berkahwin sejak tahun 2019.

#Viral #Personaliti Media Sosial #Tular #TikTok #Kahwin Campur #Pempengaruh #Afrika Barat #Fila
;