Hiburan
Dilabel Sebagai Wajah ‘Awam’, Nad Zainal Bersyukur - “Sebab Muka Awam Kau Selalu Dapat….”
Pelakon, Nad Zainal enggan melayan komen-komen netizen yang mendakwa wajahnya tidak sesuai untuk menjadi peneraju utama.
BERITA BERKAITAN: Sambut Ulang Tahun Perkahwinan, Reen Rahim Titip Pesanan - “Jangan Takut Kahwin…"
BERITA BERKAITAN: Wawa Zainal, Aeri Zafrel Bayar Zakat Perniagaan RM1 Juta - "Kami Ingin Perniagaan Diberkati"
Nad atau nama lengkapnya Farah Nadia Zainal Abidin, 34, sebaliknya menzahirkan rasa syukur kerana wajah ‘awam’ yang dilabelkan oleh netizen membolehkan dia mencuba pelbagai watak.
"Bila orang kata sebagai heroin kau tak cukup lawa untuk slot 7 malam, tapi sebabkan muka kau muka awam selalu dapat watak kampung, watak cacat, watak psiko.
"Jadi nak gembira atau sedih? Itu semua rezeki masing-masing," kata Nad Zainal menerusi perkongsiannya di laman TikTok.
Dalam pada itu, pelakon yang popular dengan drama Dendam Seorang Isteri itu turut menjelaskan rezeki seseorang bukan hanya bergantung pada paras rupa semata-mata.
"Saya baru perasan. Semua orang ada peranan masing-masing.
"Cantik atau tidak semua rezeki sudah ditetapkan Tuhan. Setuju atau tidak?" ringkasnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak bersetuju sekiranya Nad dilabel sebagai wajah ‘awam’.
Malah warganet berpendapat, bakat adalah lebih penting berbanding rupa dan mereka turut memuji semua karya lakonan Nad Zainal yang sentiasa meninggalkan kesan kepada penonton.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya menafikan kenyataan mengatakan Nad berwajah ‘awam’.