Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Dilabel Suami Durjana, Penonton Menyampah Watak Remy Ishak, Wan Raja Dalam Drama Jangan Menangis Cinta & Dendam Seorang Isteri

Azwa Rahman 12/05/2022 | 05:25 MYT

Dua drama bersiri popular Jangan Menangis Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria dan Dendam Seorang Isteri di saluran Astro Prima cukup membuatkan peminat sakit hati.

Manakan tidak, dua pelakon lelaki utama drama bersiri tersebut iaitu Remy Ishak sebagai Zafran dan Wan Raja sebagai Harris dilabel sebagai suami durjana.
Bagi Remy yang membawakan watak Zafran, tindakannya yang tidak menerima keadaan anaknya yang dilahirkan cacat cukup membuatkan peminat tak senang duduk.
Malah, momen kemuncak di mana Zafran memukul anaknya kemudian menceraikan isterinya selayaknya digelar suami tak guna.
Sama keadaannya dengan aktor Wan Raja yang cemerlang membawakan watak suami tak guna, Harris di dalam drama bersiri Dendam Seorang Isteri.
Tindakannya yang menggatal dengan bekas isteri lakonan Fasha Sandha walaupun sudah berkahwin dengan Kirana (Nad Zainal) cukup membuatkan penonton panas!
Apa kesudahannya dengan kedua-dua watak suami menyakitkan hati ini? Adakan akan timbul penyelesalan dan hubungan suami isteri yang mendamaikan, anda perlu tonton dua drama bersiri ini sehingga habis.
Jangan ketinggalan menonton drama bersiri Jangan Menangis Lagi di slot Megadrama pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Saksikan Dendam Seorang Isteri menerusi slot Tiara di Astro Prima (saluran 105) setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang.
Pada yang terlepas boleh juga tonton di Astro Go & On-Demand. Jangan lupa untuk hashtag #janganmenangiscinta dan #dendamseorangisteri di media social anda!

#Remy Ishak #Wan Raja #Dendam Seorang Isteri #Jangan Menangis Cinta
;